Sarri Akui Tidak Mampu Bantu Morata Dapatkan Keyakinan Diri

Maurizio Sarri menyatakan yang Alvaro Morata perlu mendapatkan semula keyakinannya.

Namun Maurizio Sarri menyatakan yang beliau tidak boleh membantu Morata mendapatkan keyakinan itu. Ianya bergantung kepada Morata sendiri.

Sarri berpuas hati dengan aksi Morata dan menganggap pemain itu beraksi sangat baik, cuma tak bernasib baik untuk tidak menjaringkan 1 atau 2 gol menentang PAOK.

Sarri tak pernah meragui kualiti Morata. Cuma masalah utama pemain itu adalah keyakinan dirinya.

“Alvaro Morata perlu mendapatkan semula keyakinannya dengan menjaringkan 1, 2, 3 gol.”

“Saya tak mampu berikan beliau keyakinan itu. Dalam perlawanan ini, dia ada 3 atau 4 peluang gol, tetapi agak tidak bernasib baik untuk tidak menjaringkan sebarang gol.”

“Saya yakin, yang keyakinan itu hanya akan dia dapat dengan mulai menjaringkan gol. Saya harus memberitahu yang buat pertama kalinya musim ini Alvaro sangat bersedia di dalam kotak penalti.”

“Ketika dengan bola, beliau aktif sekali.”

Penyokong Chelsea mulai resah dengan prestasi Morata yang dilihat masih bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik beliau.

Morata menyertai Chelsea musim lalu dengan nilai £65 juta. Beliau hanya menjaringkan 12 gol daripada 35 perlawanan liga.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Alex Iwobi of Arsenal battles for possession with Alvaro Morata of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Musim lalu beliau bermula dengan sangat baik dan menjadi penyerang utama Sepanyol. Tetapi selepas itu beliau bergelut dengan prestasi dan tertinggal penerbangan ke Rusia.

Beliau juga mengakui memikirkan untuk keluar daripada Chelsea.

“Saya ada terfikir untuk bermain di Sepanyol dan Itali. Sudah pastinya saya gembira di sini. Namun anda tak boleh lari daripada realiti.”

“Musim lalu adalah musim yang teruk. Saya tak tahu di mana saya berada, saya tak gembira.”

“Saya gagal bermain di Piala Dunia. Ianya sangat sukar untuk saya. Saya beraksi teruk musim lalu dan pengurus (Lopetegui) membuat keputusan untuk tidak membawa saya.”

Morata menyatakan yang dia gembira untuk bermain di Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN