Penampilan sulung pemain import baharu Persib Bandung iaitu Levy Madinda jelas mendapat pujian ramai para penyokong pasukan tersebut atas persembahan positif ditampilkannya ketika aksi bertemu Bali United.
Persib Bandung sebelum itu sah berjaya mendapatkan khidmat Madinda musim ini secara status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan persiapan kelab dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Wilujeng sumping di Bandung, Levy Madinda 🔵
Prung témbong sihung Maung lawan Bali engké
Hayu urang dukung Maung Bandung di GBLA 🏟 pic.twitter.com/CLjBtP61Hk
— PERSIB (@persib) July 31, 2023
Madinda dibawa masuk selaku pemain gantian ketika itu pada minit ke-68 untuk menggantikan khidmat pemain kebangsaan Indonesia iaitu Ezra Walian dalam misi mereka untuk cuba mendapatkan jaringan.
Tampil buat pertama kali bersama Persib, aksi ditampilkan oleh Madinda sangat positif selepas beliau begitu tenang mengawal posisi tengah serta lincah untuk mengawal bola bagi melepasi pasukan lawan.
Walaupun tiada jaringan terhasil, aksi bekas pemain Negeri Sembilan itu mendapat pujian daripada para penyokong setia Persib di media sosial dan mengharapkan sesuatu lebih baik dapat diberikan Madinda selepas ini buat pasukan.
Antara pujian yang diterima Madinda termasuklah mereka menyamakan kualiti pemain ini sama seperti legenda mereka terdahulu, Georges Mbida Messi dan turut beraksi di posisi tengah.
Ada juga menyatakan aksi sulung Madinda sangat menyakinkan ketika pemain tersebut membantu posisi serangan utama yang diketuai oleh David da Silva untuk lebih berfungsi menjana gerakan-gerakan berbahaya buat pasukan.
Tampil dengan sedikit perlahan, sebelum itu Persib gagal untuk mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan pertama liga dihadapi mereka bersama prestasi kurang menyakinkan.
Malah, pasukan itu turut kehilangan pengendali mereka iaitu Luis Milla sebelum digantikan oleh jurulatih berpengalaman luas, Bojan Hodak bersama harapan sangat tinggi.
Setakat dua perlawanan yang diuruskan kini oleh Bojan, pasukan tersebut berjaya mencipta kemenangan sulung pada aksi lalu ketika mereka menewaskan Persik Kediri dengan keputusan penuh 2-1 bersama aksi cukup bertenaga.
Malah, aksi kedua buat Hodak kini juga tidak kurang hebatnya walaupun mereka sekadar mampu mengumpul satu mata hasil keputusan seri ketika menentang Bali United.
Debut Levy Madinda terjadi pada menit ke-68 saat #PERSIB menghadapi Bali United di Stadion GBLA.
Bagaimana penampilan Madinda di laga perdananya kemarin? 💬 pic.twitter.com/Ifrv06hVUB
— PERSIB (@persib) August 4, 2023
Aksi seterusnya menyaksikan Bojan bakal menghadapi cabaran Persis Solo di gelanggang lawan iaitu Stadium Manahan dalam usaha mereka untuk terus meraih tiga mata penuh.
Pastinya Bojan mempunyai perancangan tersendiri bersama para pemain sedia ada termasuklah Madinda untuk memastikan maruah Persib dapat dijulang semula dengan lebih tinggi dalam saingan Liga 1 Indonesia.