Kedah Darul Aman (Kedah) mencipta sejarah untuk musim ini dalam saingan Liga Super selepas menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menamatkan dominasi kemenangan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tatkala ramai menjangkakan Kedah bakal menjadi mangsa amuka JDT di Stadium Darul Aman (SDA), skuad kendalian Nafuzi Zain hadir dengan kejutan tersendiri untuk mengikat JDT menerusi keputusan penuh 3-3.
Tamatnya rekod 100 peratus kemenangan JDT dalam Liga Super Malaysia 2023 dengan keputusan 3-3 menentang Kedah.#LigaSuper2023 pic.twitter.com/IkA6lWbuua
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 26, 2023
Tiga gol Kedah berjaya diledak menerusi penyerang import mereka iaitu Ifedayo Olusegun, Manuel Ott, serta jaringan dramatik daripada Amirbek Juraboev.
Manakala JDT pula terpaksa berpuas hati menerusi tiga gol mereka yang dihasilkan melalui Corbin Ong, Heberty Fernandes, serta penyerang muda, Arif Aiman Hanapi.
Pada aksi tersebut, jelas kedua pasukan saling seimbang menyusun perlawanan dengan masing-masing berjaya mencipta banyak percubaan berbahaya ke arah kubu lawan.
Penyokong setia Kedah wajar berbangga dengan keputusan ini walau sekadar mengikat keputusan seri selepas mereka menjadi satu-satunya kelab yang berjaya menamatkan dominasi kemenangan JDT musim 2023.
JDT yang hadir dengan kekuatan penuh pada perlawanan itu dilihat mengalami begitu banyak kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan permainan berbanding tuan rumah.
Malah kem Kedah terlebih dahulu bersorak riang selepas berjaya mendahului pelawat dengan dua jaringan sebelum JDT kembali berada di hadapan menerusi tiga gol.
Kelibat pemain tengah import Sang Kenari iaitu Amirbek Juraboev pastinya akan terus dikenang penyokong setia Hijau Kuning selepas gol lewat beliau memastikan Kedah untuk mencipta sejarah tersendiri musim ini.
Malah, gol Amirbek juga memastikan hasrat JDT untuk menyambut kejuaraan liga musim ini di Alor Setar juga terpaksa ditunda dengan penentuan bakal dibuat untuk aksi akan datang.
Selain tumpuan kepada keputusan perlawanan, rata-rata penyokong di media sosial juga sangat berpuas hati tentang aksi tersebut dengan ianya digelar sebagai “Match Of The Season”.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | KDA FC 3 – 3 JDT
⚽ 36' Ifedayo (KDA FC)
⚽ 50' Manuel Ott (KDA FC)
⚽ 52' Corbin-Ong (JDT)
⚽ 56' Heberty (JDT)
⚽ 74' Ariff Aiman (JDT)
⚽ 90+2' Amirbek Juraboev (KDA FC) pic.twitter.com/zMPEA0gGPG— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 26, 2023
Apapun, penyokong Kedah wajar untuk meraikan keputusan tersebut dengan sepuas-puasny setelah pasukan itu tampil hambar dalam beberapa aksi lepas.
Ini juga menjadi satu cabaran baharu buat pengendali JDT iaitu Esteban Solari untuk memastikan segala kelemahan yang ada perlu diperbaiki sebelum ke pentas ACL tidak lama lagi.