Umar Eshmurodov Beri Sebab Kenapa Sertai Selangor Musim 2024/2025

Pemain kebangsaan Uzbekistan iaitu Umar Eshmurodov secara rasminya kini telah pun menyertai Selangor untuk musim hadapan bagi memperkukuhkan aspek pertahanan pasukan tersebut.

Ianya dilaporkan sendiri secara rasmi oleh laman Selangor di media sosial untuk menyatakan pemain tersebut bakal mewakili mereka untuk musim 2024/2025.

Menurut laporan laman tersebut, Umar yang lahir di Koson, Uzbekistan memulakan karier profesional beliau pada usia 21 tahun untuk mewakili FC Shurtan Guzar bersama 83 penampilan keseluruhan dicipta pemain berkenaan untuk pasukan itu.

Kualiti dipamerkan oleh Umar beberapa musim bersapa kelab itu jelas menarik perhatian beberapa pasukan gergasi sebelum beliau menyertai Nasaf Qarshi pada tahun 2017 sehingga pada tahun lalu.

Sepanjang bersama Nasaf Qarshi, Umar telah pun mencipta sebanyak 218 penampilan secara keseluruhan dalam saingan utama di Uzbekistan serta aksi di luar negara bersama prestasi cukup menyakinkan.

Menerusi kualiti kepimpinan Umar di atas padang, maka tidak hairan mengapa beliau dilantik selaku kapten pasukan sehingga kelab itu menjuarai Uzbek Cup selama tiga musim berturut-turut.

Malah, Umar juga berjaya memimpin Nasaf Qarshi untuk mara ke pentas akhir saingan AFC pada tahun 2021 sebelum mereka mengakhirinya di tangga kedua.

Untuk skuad kebangsaan, Umar juga menjadi watak penting buat Uzbekistan dalam kesebelasan utama serta beraksi penuh sepanjang empat perlawanan dalam saingan Piala Asia 2023.

Menyertai Selangor, ia menjadi pengalaman pertama buat Umar untuk mengembangkan karier beliau di luar negara pertama kali sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

“Secara jujurnya, saya memang mempunyai impian untuk beraksi di luar negara bersama pasukan berbeza. Selangor menjadi kelab pertama untuk saya mengembangkan lagi karier ini selepas 12 tahun di Uzbekistan. Saya yakin akan keputusan ini.

“Saya harap berbekalkan pengalaman saya beraksi di pentas antarabangsa untuk kelab dan negara sebelum ini mampu untuk membantu Selangor meraih kejayaan musim ini bersama-sama,” ujar Umar menerusi laman rasmi pasukan tersebut.

Umar juga menyatakan beliau akan membuat sehabis baik bersama Selangor pada musim akan datang untuk tidak mengecewakan para penyokong The Red Giants dan berharap sokongan padu dapat diberikan oleh mereka kepada pasukan tersebut.

Kehadiran Umar juga disambut baik oleh pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe dengan harapan beliau mampu memperbaiki sisi kelemahan mereka di posisi pertahanan pada musim lalu.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN