Ke Mana Destinasi Seterusnya Buat Brendan Gan Musim 2024/2025?

Pemain tengah berpengaruh negara, Brendan Gan secara rasminya tidak lagi akan mewakili Selangor untuk saingan hadapan dalam aksi Liga Malaysia (Liga M), selepas ianya diumumkan oleh laman rasmi The Red Giants.

Selepas empat musim menabur bakti bersama Selangor, pemain ini telah pun membuktikan segalanya termasuk episod gelap apabila Brendan menghidapi penyakit kanser sebelum kembali pulih.

Sepanjang bersama Selangor, Brendan secara keseluruhan telah pun meledak 14 gol bersama 12 bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 80 penampilan untuk pasukan tersebut.

Pemain berusia 35 tahun itu juga membuktikan beliau masih menjadi salah satu tonggak harapan negara, selepas beliau beraksi dengan begitu positif pada saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan.

Berkelebihan beraksi di posisi tengah bertahan dan berupaya membantu serangan, pastinya ramai berteka teki kini ke mana destinasi seterusnya buat pemain berkenaan pada saingan hadapan.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Zulhelmi Zainal Azam yang merupakan wartawan Astro Arena, beliau menyatakan Sri Pahang antara berminat mendapatkan pemain tersebut.

Pada masa sama, wartawan tersebut turut mengeluarkan persoalan jika Brendan berkemungkinan akan kembali ke Australia untuk menyertai pasukan di sana.

“Selangor umum perpisahan dengan Brendan Gan. Difahamkan, Sri Pahang pada awalnya nak sign jeneral tengah Harimau Malaya itu, namun belum ada kata putus. Kembali ke Australia?”, kata Zulhelmi di media sosial X milik beliau.

Untuk rekod, Brendan sebelum itu memulakan karier profesional beliau selaku pemain bola di Australia bersama beberapa kelab di sana sebelum tampil mewakili Sabah pada musim 2012 di Malaysia.

Menerusi komen-komen segelintir penyokong di media sosial pula, ada menyatakan Brendan berkemungkinan akan kembali menyertai Sabah untuk saingan hadapan untuk memperkukuhkan posisi tengah pasukan berkenaan.

Selain Sabah, ada juga turut menyatakan Brendan mungkin bakal menyertai Perak yang kini dibarisi oleh ramai pemain muda dan sesuai untuk beliau memberi panduan berguna kepada mereka.

Walaupun begitu, masih belum ada sebarang kesahihan rasmi mengenai masa depan Brendan untuk saingan hadapan dan mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi pada tahun lalu bersama Selangor dan Harimau Malaya, pastinya banyak pasukan sedang mengintai peluang untuk cuba mendapatkan sentuhan pemain tersebut musim hadapan.

Ada kemungkinan juga buat Brendan untuk beraksi di luar negara seperti Australia selepas beliau mempamerkan kualiti permainan cukup baik pada saingan Piala Asia lalu.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN