Ultras Malaya Persoal Dakwaan Faizal Azumu Anggap Penyokong Punca Farizal Buat Silap

Ultras Malaya persoal dakwaan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa sorakan penyokong punca Farizal Marlias lakukan kesilapan ketika aksi bertemu Bahrain.

Ahmad Faizal menegaskan yang sorakan dari 63,000 penyokong Malaysia di stadium ketika perlawanan berlangsung sebenarnya menjadi punca Farizal Marlias hilang tumpuan.

Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias melakukan kesilapan yang tak sepatutnya selepas melakukan terjahan sia-sia ke atas pemain Bahrain yang mengakibatkan pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti.

https://twitter.com/PejaOfPerak/status/1535621452971782147?t=s1lyXSpk67IwryDPJf8q2w&s=19

Rata-rata penyokong bola sepak tempatan agak kecewa dengan tindakan Farizal Marlias itu dan merasakan beliau tak sepatutnya melakukan terjahan tersebut.

Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada penjaga gol utama negara itu kerana kesilapan beliau menyebabkan laluan untuk Malaysia layak beraksi di pentas Piala Asia semakin sukar.

Walau bagaimanapun, Ahmad Faizal hari ini tampil menyatakan sokongan kepada Farizal Marlias dengan meletakkan kesalahan pada para penyokong.

Menurut sumber laporan dari Harian Metro, Faizal Azumu menyatakan bahawa:

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Hutan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Adakah penyokong selepas ini perlu diam ketika tengok bola sambil makan kuaci?

Kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan itu membuatkan ramai tertanya-tanya adakah para penyokong tak sepatutnya bersorak? Atau beliau mahu penyokong datang stadium untuk sekadar menonton bola sambil makan kuaci?

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon sendiri sangat teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokong terutama Ultras Malaya.

Boleh dikatakan setiap kali ada sesi sidang media selepas tamat perlawanan, Pan-gon tak pernah terlepas mengucapkan terima kasih kepada Ultras Malaya yang tak henti-henti bersorak untuk pasukan.

Pemain serta pengurus pasukan lawan sendiri turut mengakui yang mereka agak terkesan dan goyang untuk bermain di Bukit Jalil kerana impak dari Ultras Malaya.

Sorakan padu para penyokong jelas sekali menaikkan lagi semangat para pemain dan kerana itulah para penyokong dianggap pemain ke-12.

https://twitter.com/harakatdailyHD/status/1536326913680998400?t=RJ54ujEMrDY_5mb7EDiaTQ&s=19

Untuk apa FAM seru agar penyokong turun ke stadium kalau mereka diminta untuk membisukan diri?

Ultras Malaya jawab dakwaan dari Faizal Azumu

Tidak tahan dengan dakwaan mengarut dari Menteri Belia dan Sukan itu, Ultras Malaya tampil mengeluarkan kenyataan di laman twitter mereka dengan menyatakan:

“Kau nak chant special ke? Ckp laa awal2 @PejaOfPerak .. Takper, deme baca dulu 63,000 penyokong nilai kat Twt bawah ya 👇🏼👇🏼👇🏼 Harap tak hang 😂”

Melihat kepada komen-komen yang ada, jelas sekali para penyokong sangat bengang dan terkesan dengan dakwaan dari Menteri Belia dan Sukan negara itu.

Pengikut-pengikut Semuanya Bola tak ada apa-apa nak komen ke tentang dakwaan tersebut? Kalau ada sila lah berbincang di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN