Uli Hoeness menyifatkan peluang Bayern Munich untuk mendapatkan pemain sayap, Lero Sane sebagai tidak mungkin, selepas diberikan tanda harga tidak masuk akal oleh Manchester City.
Masa hadapan Sane di Stadium Etihad telah menjadi perhatian sehak beberapa bulan yang lalu, dan Bayern Munich dikatakan antara destinasi untuk pemain antarabangsa Jerman itu untuk memulakan kempen pada musim hadapan.
Bayern pula dikatakan berminat untuk membawa Sane kembali ke Jerman selepas dua pemain veteran, Arjen Robben dan Franck Ribery meninggalkan Allianz Arena selepas tamat kempen musim lalu.
Leroy Sané: Manchester City refused €80M first bid from Bayern, and will not accept less than €100M. Bayern Munich think are too much and will decide soon if going to try with new bid. At the moment, difficult deal. ? #Sané #MCFC #Bayern
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 3, 2019
Laporan dari Jerman seperti yang dinyatakan oleh BeiN Sports berkata bidaan bernilai €80 juta daripada Bayern telah pun ditolak oleh Manchester City untuk pemain tersebut.
Ini menyebabkan Presiden Bayern, Houness bertanggapan isu kewangan menyebabkan ianya sukar untuk mendapatkan pemain tersebut.
Bercakap kepada majalah Kicker di Jerman, Hoeness membayangkan ianya mustahil untuk Bayern mendapatkan Sane pada musim panas ini.
“It’s about sums, they’re insane”
Bayern Munich president Uli Hoeness is not confident of signing Leroy Sane this summer
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 3, 2019
“Anda harus berasa skeptikal [perpindahan Sane ke Bayern].
“Kemungkinan besar urusniaga ini akan gagal. Ia melibatkan jumlah wang yang sangat banyak. Mereka [Manchester City] sudah gila,” ujar beliau.
Sane menjaringkan 10 gol dan menghasilkan jumlah bantuan gol yang sama untuk membantu Manchester City mempertahankan kejuaraan liga pada musim lalu.