Terengganu dianggap pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Namun sekali lagi skuad Irfan Bakti tewas dalam perlawanan yang mereka dijangka boleh menang (winnable).
Ini antara kemenangan terbesar dalam sejarah UiTM FC. Mana tidaknya, mereka menewaskan pasukan Terengganu yang memiliki kualiti pemain yang hebat dalam kempen Liga Premier.
UiTM mendahului Dong Hyun pada minit ke-32. Selang 10 minit kemudian pemain sensasi UiTM FC Akanni Sunday menggandakan kelebihan untuk pasukan tuan rumah.
Terengganu jelas tertekan dalam perlawanan ini apabila ketinggalan 2-0 menuju rehat.
Hasrat mereka untuk terus bangkit pada separuh masa kedua disentak lagi. Hanya 2 minit babak kedua bersambung, Akanni Sunday menjaringkan jaringan kedua peribadi beliau dan yang ketiga untuk UiTM FC.
Pada masa kecederaan, pemain gantian Anwarul Hafiz menjaringkan gol ke-4 untuk UiTM FC.
Kemenangan ini membolehkan UiTM FC merapatkan jurang mata dengan pasukan di tangga ke-3 Terengganu kepada 4 mata sahaja.
Mereka kini semakin yakin untuk mencabar kedudukan teratas Liga Premier selepas beberapa kemenangan berharga.
Kekalahan Terengganu ini membuatkan skuad Penyu ini jatuh ke tangga ke-3. Ianya selepas PKNP menang 2-1 ke atas PDRM.
PKNP memiliki kelebihan perbezaan jaringan walaupun berkongsi 21 mata dengan Terengganu. Ini adalah kekalahan ke-3 pasukan Terengganu musim ini di Liga Premier selepas 10 perlawanan.
Anak-anak buah Irfan Bakti perlu bangkit segera untuk memastikan mereka berjaya memenangi promosi ke Liga Super pada musim hadapan.
Ini juga kekalahan ke-2 pasukan Terengganu dengan bolos 4 gol selepas perlawanan menentang PKNP tempoh hari.
Ini adalah kedudukan carta Liga Premier setakat ini.
Baca juga: Mengapa Gabriel Guerra Dan S. Kunanlan Sah Diturunkan Ketika Menentang Kelantan?