Ugo Ukah Sah Jadi Milik Pasukan Pulau Pinang

FAM

Bekas pertahanan kental pasukan Selangor, Ugochukwu Ugo Ukah sah sertai pasukan Pulau Pinang untuk memperkukuhkan benteng pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2018.

Hal ini disahkan menerusi kenyataan rasmi laman facebook Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang mengumumkan Ugo Ukah dijangka melengkapkan perjanjian untuk bersama pasukan itu pada hari Isnin ini.

Pengendali Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan dikatakan sangat berminat dengan semangat pemain Nigeria itu yang sentiasa memberikan komitmen penuh semasa di atas padang.

Menurutnya, pemain yang berasal dari Nigeria itu tidak asing di Liga Malaysia kerana sudah beraksi bersama Selangor selama dua musim sebelum ini.

“Sejak beberapa musim lalu benteng pasukan Pulau Pinang dilihat sedikit goyah dan ini menyaksikan pasukan jurulatih berusaha untuk mencari pemain yang mampu dan terbukti sebagi pemain pertahanan di posisi tersebut.

“FAP kali ini begitu berhati-hati dalam memilih pemain import kerana yang terbukti sahaja yang akan dibawa masuk,” kata sumber dari FAP kepada Sinar Harian.

Setakat ini hanya penyerang Gambia, Sanna Nyassi yang dikekalkan oleh Zainal Abidin dan mereka sedang dalam usaha untuk membawa masuk seorang lagi bekas pemain iaitu Martias Cordoba.

“Pihak FAP kini dalam perancangan untuk membawa kembali bekas pemain import Pulau Pinang, Martias Cordoba namun keputusan masih belum diketahui dan dalam pertimbangan Zainal,” katanya.

Kata sumber itu lagi, beberapa calon pemain import sudah hadir menjalani latihan dan ujian percubaan namun belum ada kata putus yang telah dibuat.

“Zainal Abidin masih perlu memikirkan dua lagi pemain import yang sesuai dengan taktikal dan corak permainan pasukan bagi musim 2018,” katanya.

Ukah dijangka akan bermain di posisi pertahanan bagi mengantikan tempat Reinaldo Lobo dan Brandon McDonalds yang digugurkan kerana kecederaan selain gagal mempamerkan aksi konsisten semasa saingan Liga Super 2017.

Pemain dengan ketinggian 180 sentimeter yang dilahir dan dibesarkan di Parma, Itali itu pernah beraksi untuk kelab Inggeris, Queens Park Rangers untuk musim 2005-2006.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN