Syarikat Pizza Mahu Taja Penjaga Gol Dengan Syarat Gawang Tidak Dibolosi!

Sebuah syarikat piza, Papa John’s Pizza telah bercadang menaja seorang penjaga gol. Tetapi tajaan itu mempunyai satu syarat yang unik!

Penjaga gol itu mesti tidak melepaskan mana-mana gol pun. Sekiranya berjaya, Papa John’s Pizza bakal menaja penjaga gol itu pizza secara percuma selama setahun!

Menurut pengurusan Papa John’s Pizza, mereka melakukannya sebagai strategi pemasaran. Syarikat itu berbangga untuk menaja Fleetwood Town.

Chris Neal

Beliau merupakan penjaga gol Fleetwood Town yang telah dicabar oleh syarikat tersebut. Cabaran ini khas untuk perlawanan Piala FA pusingan ketiga antara Fleetwood Town menentang Leicester City.

Perlawanan ini akan dihoskan di Fleetwood Town di stadium bernama Highbury. Nama yang serupa dengan stadium lama Arsenal. Fleetwood bukan terletak berhampiran di London!

Sekiranya berjaya, Chris Neal merancang untuk berkongsi pizza itu dengan pemain lain. Ini termasuklah juga mana-mana rakan sepasukan yang berjaya menjaringkan gol menentang Leicester.

Kepulangan yang dinanti

Pertembungan antara Fleetwood Town menentang Leicester City menjadi tumpuan. Ini kerana penyerang The Foxes, Jamie Vardy merupakan bekas pemain Fleetwood Town.

Leicester membayar yuran perpindahan hanya 1 juta pound kepada Fleetwood. Namun ia berbaloi kerana Jamie Vardy menjadi tunjang utama Leicester sewaktu menjulang Premier League pada beberapa musim lalu.

Malah, Chris Neal amat mengharapkan Jamie Vardy bakal beraksi dalam perlawanan tersebut. Selain itu, rakan sepasukannya di Fleetwood, Nathan Pond tidak sabar bertemu Jamie Vardy.

Nathan sudah mencapai kata sepakat dengan Jamie untuk bertukar jersi. Menariknya, Fleetwood Town telah meletakkan nama beliau pada tangga di pusat latihan.

Ya, sebagai inspirasi kepada pemain-pemain muda. Sewaktu beliau bersama Fleetwood, Jamie Vardy telah menjaringkan 34 gol dalam 42 perlawanan liga. Gol itulah membantu kelab yang digelar Cod Army untuk dinaikkan pangkat dari National League ke League Two musim 2011-12

Leicester bakal hadapi perlawanan ulangan

Sayangnya, Jamie Vardy tidak diturunkan sebagai kesebelasan pertama untuk perlawanan malam tadi. Beliau juga tidak diletakkan sebagai pemain simpanan. Difahamkan pemain Leicester itu mengalami kecederaan.

Perlawanan semalam telah menyaksikan kedua-dua kelab seri tanpa jaringan. Mereka bakal beraksi dalam perlawanan ulangan pada satu tarikh yang diumumkan kelak.

FLEETWOOD, ENGLAND – JANUARY 06: Jamie Vardy of Leicester City and his wife Rebekah look on from the stands during the The Emirates FA Cup Third Round match between Fleetwood Town and Leicester City at Highbury Stadium on January 6, 2018 in Fleetwood, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

King Power Stadium bakal menjadi gelanggang bagi perlawanan ulangan tersebut. Namun begitu, ada dua persoalan penting.

Pertama, adakah Jamie Vardy akan sempat pulih dan beraksi untuk The Foxes? Kedua, adakah penjaga gol itu bakal meraih bekalan piza selama setahun yang dijanjikan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN