UEL: Tiada Lagi Orang Nak Beli, Arsenal Dan Chelsea Pulangkan 50% Daripada Kuota Tiket Final

UEFA terus berhadapan dengan tekanan apabila mereka mendapat pulang separuh daripada tiket yang diberikan kepada Chelsea dan Arsenal.

Arsenal dan Chelsea diberikan keseluruhan 12,000 tiket – masing-masing 6,000 untuk perlawanan final UEL.

Namun ramai penyokong yang membatalkan hasrat mereka untuk ke Adzerbaijan kerana kos yang terlalu tinggi.

Sebelum ini UEFA dikritik kerana hanya memberikan tiket yang terlalu sedikit. sedangkan stadium olimpik Baku ada kapasiti 68,000.

Alasan UEFA, lapangan terbang di Baku terlalu kecil untuk menampung orang terlalu ramai.

Kini penyokong dari London berhadapan dengan isu kos perjalanan dan tiket terlalu mahal. Jika sebelum ini purata perjalanan untuk seorang adalah lebih £1,000 ataupun lebih RM5,300.000.

Angka itu semakin meningkat. Dan ramai penyokong yang sudah menempah hotel dibatalkan tempahan mereka kerana pengusaha hotel mahu menjualkan pakej itu lebih mahal kepada pembeli yang baharu.

Ada yang membelanjakan sehingga £5,000 untuk satu perlawanan final. Ianya dianggap sangat tidak munasabah.

Arsenal dilaporkan memulangkan 2,000 daripada tiket mereka dan masih berjaya mendapat 4,000 pembelian. Arsenal juga telah menghubungi seramai mungkin pembeli tiket agar tidak membatalkan tempahan mereka.

Chelsea lebih teruk apabila hanya mampu menjual sekitar 2,000 tiket sahaja. 4,000 lagi terpaksa dipulangkan semula.

Uefa yakin stadium akan penuh dengan sokongan daripada peminat tempatan di Adzerbaijan untuk memenuhkan stadium berkapasiti 68,000.

Difahamkan UEFA menawarkan tiket murah kepada penduduk tempatan untuk memastikan final tersebut disaksikan dalam keadaan ‘full house’.

Yayasan penyokong Chelsea (CST) tampil mengutuk pemilihan Baku sebagai tuan rumah. Mereka menuduh UEFA tidak melakukan kajian sebaik mungkin melibatkan kos dan juga faktor akses ke negara tersebut.

Arsenal sebelum ini mengkritik UEFA yang menyebabkan pemain seperti Henrik Mkhitaryan tidak dapat beraksi kerana isu diplomatik di antara Adzerbaijan dan Armenia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN