VIDEO: Pengadil Ini Hentikan Permainan Untuk Membolehkan Youcef Atal Berbuka Puasa

Bola sepak adalah sukan yang sangat indah jika semua prinsip ‘gentleman’ di dalamnya diamalkan. Prinsip ini tidak semestinya bertulis. Ianya adalah atas semangat fairplay dan saling menghormati (mutual respect).

Dalam aksi terakhir Ligue 1 di antara Nice dan Monaco, pengadil perlawanan telah memberikan satu ‘gesture’ terpuji apabila mengarakan permainan dihentikan seketika walaupun permainan hanya baru bermula 6 minit.

Ini bagi membolehkan Youcef Attal meminum air untuk membuka puasanya. Buquet kemudian pergi ke arah beberapa pemain lain untuk menjelaskan kenapa perlawanan dihentikan seketika.

Youcef Atal bergegas ke tepi padang dan terus meneguk air mineral, dan kembali semula ke dalam padang secepat mungkin. Walaupun diberikan kesempatan, itu bukan alasan Youcef mahu mengganggu rentak permainan terutama sekali pasukan lawan.

Pengadil perlawanan adalah Ruddy Buquet yang dibantu oleh Guillaume Debart dan Julien Pacelli . Sementara pegawai ke-4 ialah Thierry Bouille.

Ruddy Buquet sudah sangat faham dengan pemain beragama Islam di Perancis kerana negara itu ramai penduduk beragama Islam. Dalam Liga Perancis pula Buquet sudah cakna akan perkara melibatkan pemain muslim yang berpuasa.

Hampir setiap kali perlawanan dalam bulan puasa, Ruddy akan bertanya kepada para pemain sebelum masuk ke dalam padang, sama ada mereka berpuasa ataupun tidak.

Beliau bertanya bukan kerana niat nak memperli pemain yang tidak berpuasa. Ini kerana ada pemain beragama Islam terpaksa tidak berpuasa atas nasihat doktor pasukan kerana isu kecergasan dan sebagainya.

Ruddy berbuat begitu bagi memastikan pemain yang berpuasa boleh membuka puasa dalam masa yang terhad. Ruddy akan memberitahu pemain untuk bersedia berbuka puasa pada minit tertentu.

Tindakan pengadil itu juga dipuji oleh ramai pengulas bola sepak yang beragama Islam yang turut mengambil kesempatan untuk berbuka puasa sebelum fokus kepada analisis perlawanan.

Saksikan di sini detik Buquet menghentikan perlawanan untuk memberikan laluan kepada Youcef Atal berbuka puasa:

https://twitter.com/bylka613_vids/status/1132002185078870018

Pasukan Youcef Attal iaitu Nice menang 2-0 ke atas AS Monaco. Attal melakukan satu hantaran lintang yang ditampan masuk ke jaring sendiri oleh Bidiashile. Nice menamatkan liga di tangga ke-7. AS Monaco pula berada di tangga ke-17.

Sebagai tambahan Youcef Atal merupakan bakat bek kanan yang menjadi perhatian banyak kelab di Eropah.

Beliau bek sisi dan juga bek sayap yang mampu mencipta dan mejaringkan gol.

Kekuatan utama beliau adalah pada kepantasan dan juga kelincahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN