Dua perlawanan Liga Europa (UEL) yang berlangsung dalam cuaca panas di Jerman menyaksikan Sevilla dan Bayer Leverkusen berjaya menundukkan lawan masing-masing bagi menempah tempat di peringkat suku akhir.
Juara lima kali Sevilla mudah menundukkan AS Roma 2-0 di gelanggang berkecuali di Duisburg memandangkan perlawanan suku akhir pertama yang sepatutnya berlangsung di Seville pada 12 Mac lalu dibatalkan ekoran pandemik yang melanda.
Ketiadaan tonggak pertahanan tengah, Chris Smalling yang sudah kembali ke Manchester United selepas tempoh pinjamannya di Roma tamat sejurus sahaja kempen Serie A berakhir tempoh hari ternyata memberi kesan besar buat kelab Itali itu.
1 – Sevilla are the first team to eliminate the two Roman teams in the European club competitions history in a row: Lazio in Last 32 in Europa League 2018/19 and AS Roma in this season. Imperium. pic.twitter.com/lKAO470cli
— OptaJose (@OptaJose) August 6, 2020
Mungkin sudah ‘sebati’ dengan kejohanan ini, Sevilla lebih banyak mendominasi perlawanan dengan beberapa kali membuat percubaan mengasak kubu Roma pada awal permainan termasuk tandukan Jules Kounde yang terkena palang pada minit ke-12.
10 minit kemudian, pemain pertahanan kiri yang dipinjam dari Real Madrid, Sergio Reguilon meledak gol pertama perlawanan menerusi gerakan solo melepasi kawalan dua pemain dan membuat rembatan leret menewaskan penjaga gol Roma, Pau Lopez.
Seminit sebelum tamat separuh masa kedua, Youssef En-Nesyri menyudahkan hantaran ‘cut-back’ Lucas Ocampos untuk menggandakan kelebihan buat skuad kendalian bekas jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui itu.
January signing Youssef En-Nesyri on target again in Europe for Sevilla ⚽️#UEL pic.twitter.com/Wb13G2EawU
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 6, 2020
Roma cuba mendapatkan gol pada babak kedua, tetapi apa yang berlaku, pemain pertahanan, Gianluca Mancini dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas semakan VAR mendapati beliau menyiku Luuk de Jong.
Sementara itu, Bayer Leverkusen turut meneruskan kemaraan selepas menundukkan Rangers 1-0 di Bay Arena hasil jaringan tunggal Moussa Diaby pada minit ke-51 bagi melengkapkan kemenangan 4-1 secara agregat.
Pengurus Rangers, Steven Gerrard masih gagal untuk membantu pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir buat kali pertama sejak musim 2007/08 dan kini perlu kembali menumpukan perhatian mereka untuk aksi liga Liga Scotland.
2 – Rangers have lost both legs of a two-legged tie in a major European competition for the first time since the 1997-98 UEFA Cup first round against Strasbourg. Struggle. #UEL pic.twitter.com/YNE8ifKvtE
— OptaJoe (@OptaJoe) August 6, 2020
Lawan Sevilla di suku akhir akan ditentukan di antara Wolverhampton Wanderers atau Olympiakos yang beraksi lebih lewat. Bayer Leverkusen pula dijadualkan bertemu Inter Milan di Dusseldorf pada 10 Ogos.
Semua baki aksi UEL musim 2019/20 akan berlangsung secara format kejohanan mini di Jerman.
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah: