RASMI: Pertemuan Sevilla-AS Roma Jadi Tumpuan Pusingan 16 Pasukan Terbaik UEL

Pusingan 16 pasukan terakhir bagi Europa League telah pun berjaya dilakukan sebentar tadi dengan beberapa perlawanan-perlawanan menarik menjadi tumpuan peminat bola sepak.

Semestinya tumpuan akan terarah kepada aksi dua pasukan utama iaitu AS Roma dan juga Sevilla yang diundi bertemu sesama sendiri di peringkat ini.

Sementara tugas berat menanti wakil Austria, Lask apabila diundi bertemu Manchester United sambil Wolverhampton Wanderers akan bertemu pasukan yang menumbangkan Arsenal di pusingan sebelumnya iaitu Olympiakos.

Basel pula terpaksa menanti pemenang antara Eintracht Frankfurt atau Salzburg yang ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Dalam pada itu, pengembaraan Steven Gerrard dan Rangers bakal menemui tugas berat kerana diundi menentang Bayer Leverkusen dalam usaha memastikan bendera Scotland akan terus berkibar di peringkat Eropah.

Berikut merupakan senarai penuh undian pusingan 16 pasukan terakhir bagi Europa League:

  • Istanbul Basaksehir lawan FC Copenhagen
  • Olympiakos lawan Wolverhampton Wanderers
  • Rangers lawan Bayer Leverkusen
  • Wolfsburg lawan Shaktar Donestk
  • Inter Milan lawan Getafe
  • Sevilla lawan AS Roma
  • Eintracht Frankfurt/Salzburg lawan Basel
  • Lask lawan Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN