Inter Milan sekali lagi gagal menepati ramalan – kali ini mereka dikejutkan oleh Eintracht Frankfurt di hadapan penyokong mereka sendiri. Inter Milan masih bergelut dengan konsistensi pada musim ini.
https://twitter.com/AdamMaina_/status/1106274072969859072
Jaringan tunggal perlawanan adalah menerusi pemain 21 tahun dari Serbia – Luka Jovic yang dengan yakin melakukan lob melepasi Samir Handanovic pada separuh masa pertama.
https://twitter.com/CulePerSempre10/status/1106289725617299456
Inter Milan beraksi tanpa Mauro Icardi jelas sekali bergelut untuk mendapatkan gol. Luciano Spalletti turut memberikan peluang kepada pemain remaja berusia 16 tahun – Sebastiano Epossito.
https://twitter.com/FTalentScout/status/1106307110466392065
Frankfurt mara buat pertama kali ke suku akhir pertandingan peringkat Eropah buat pertama kali sejak kali terakhir melakukannya pada 1994/95.
Frankfurt ternyata pasukan yang lebih baik dalam aksi ini dengan melakukan 15 percubaan ke arah gawang Inter dan 10 daripadanya adalah tepat. Manakala Inter hanya melakukan 3 percubaan tepat daripada 9 percubaan.
Satu lagi kejutan berlaku melibatkan Sevilla. Ini apabila Sevilla disingkirkan oleh Slavia Praha dengan agregate 6-5.
Satu lagi wakil Itali – Napoli – tewas 3-1 di tangan RB Salzburg namun berjaya mara dengan agregate 4-3.
And then there were eight!
Who's lifting the 🏆❓#UEL pic.twitter.com/V8JUWD9kN8
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) March 14, 2019