UEL: Aubameyang Pamer Aksi Memukau Lengkapkan Kebangkitan Arsenal Di Emirates

Arsenal berjaya bangkit di Emirates untuk memastikan mereka tidak disingkirkan Rennes daripada peringkat 16pasukan akkhir. Pierre-Emerick Aubameyang menjadi wira kebangkitan Arsenal dengan 2 gol dan 1 bantuan gol.

Arsenal tidak menunggu lama untuk gol pertama. Ini apabila pada minit ke-4, Aarpn Ramsey melakukan hantaran silang rendah yang pantas disambar oleh Aubameyang di hadapan gol.

Sebelum gol pembukaan tersebut, Lacazette memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-15, giliran Maitland Niles pula menjaringkan gol menerusi satu tandukan yang cantik.

Rennes tidak gembira dengan gol tersebut. Pada awalnya ramai menjangkakan ianya permainan bijak oleh Kolasinac yang membiarkan bola melepasi beliau kerana Kolasinac ofsaid. Aubameyang berlari mendapatkan bola tersebut untuk mencipta gol kepada Maitland Niles.

Ulang tayang menunjukkan Aubameyang juga ofsaid. Namun tiada VAR digunakan di dalam UEL.

Aksi bahaya Aubameyang memang menjadi mimpi ngeri buat Rennes. Pada minit ke-72, Aubameyang menjaringkan gol kedua peribadi beliau. Sekaligus memastikan perjuangan Rennes semakin sukar. Rennes perlu mencari 2 gol.

Aubameyang meraikan gol beliau dengan topeng Black Panther. Aubameyang dilayangkan kad kuning kerana keraian tersebut.

Aubameyang berkata kepada wartawan selepas tamat perlawanan, topeng tersebut adalah mewakili dirinya.

“Topeng itu adalah mewakili diri saya. Pasukan kebangsaan kami, Gabon diberi jolokan The Panthers.”

Arsenal sememangnya mahu menjuarai UEL. Ini kerana Unai Emery dianggap pakar dalam kejohanan ini – menjulang kejuaraan tersebut 3 kali dengan Sevilla sebelum ini.

Unai berkata: “Satu malam yang baik untuk kami. 3-0 keputusan yang baik. Kami ada peluang untuk menjaringkan 4 gol dan bermain lebih tenang malam ini. Saya bangga dengan pemain-pemain dan juga para penyokong. Kami bekerja dengan sangat baik minggu ini. Kami boleh menikmati kemenangan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN