UEL: Gol Memukau Hauge Bantu Milan Bangkit Benam Celtic

Ketinggalan dua gol pada awal permainan, AC Milan bangkit menunjukkan karakter luar biasanya untuk membenam Celtic  4-2 bagi mengesahkan tempat mereka ke peringkat 32 terakhir saingan Liga Europa (UEL) di San Siro pada Khamis.

Ketiadaan penyerang utama Zlatan Ibrahimovic yang dilanda kecederaan memberi ruang kepada pemain muda Norway, Jens Petter Hauge untuk menyerlah selepas cemerlang menyumbat gol solo menarik serta mencipta jaringan untuk Brahim Diaz.

Celtic mendahului perlawanan seawal minit ketujuh hasil kesilapan Rade Krunic yang leka mengawal bola sehingga dirampas Tom Rogic yang membuat rembatan dari luar kotak penalti.

Tujuh minit kemudian, penyerang muda Perancis, Odsonne Edouard melebarkan kelebihan buat pasukan pelawat selepas menerima lorongan Ryan Christie dan mudah menewaskan penjaga gol Gianluigi Donnarumma.

Namun skuad kendalian Stefano Pioli itu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma Hakan Calhanoglu pada minit ke-24 sebelum Sami Castilejo menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Lima minit selepas bermula babak kedua, Hauge yang beraksi di sayap kiri mempamerkan kemahiran individunya dengan membuat gerakan solo mengatasi kawalan tiga pemain dan terus melencongkan bola ke sebelah kanan pintu gol yang dikawal Vasilios Barkas.

Pada lewat permainan, pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi cemerlang membuat gerakan cantik dari sebelah kiri dan melorongkan bola kepada Diaz untuk gol keempat yang memastikan tempahan slot Milan ke peringkat seterusnya dengan satu perlawanan berbaki.

“Saya gembira dengan gol dan bantuan jaringan saya pada malam ini,” ujar Hauge selepas perlawanan.

“Saya belajar perkara baharu setiap hari dan saya gembira dapat bermain di kejohanan Eropah dan lebih manis lagi kami layak ke peringkat seterusnya dan berada di puncak Serie A.”

Celtic yang mengumpul satu mata sahaja di peringkat kumpulan hanya menang dua perlawanan sahaja daripada 11 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan pada musim ini.

Di peringkat domestik, mereka juga ketinggalan 11 mata dengan pendahulu Liga Scotland, Rangers dan sekaligus memberi tekanan kepada pengurus, Neil Lennon.

Saksikan sorotan perlawnaan di antara AC Milan dan Celtic di sini:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Diogo Jota: Perlu Pantas Biasakan Diri Di Kelab Baharu Untuk Berjaya

Walaupun Ketika Covid-19, Real Madrid Tetap Catat Keuntungan

Stefano Pioli Berjaya Buat Satu Benda Yang Pengurus AC Milan Lain Gagal

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN