UEL: Apollon Ikat Everton Dalam Baki 2 Minit Perlawanan Dengan 10 Pemain

Everton terus tertekan apabila gagal mencatatkan kemenangan sekali lagi dalam kempen UEL. Tekanan itu sebelum ini seakan-akan reda selepas Niasse membantu mereka menang dalam perlawanan menentang Bournemouth sebelum ini.

Everton ketinggalan pada minit ke-12 menerusi jaringan Sadinero Corpa yang menerima hantaran cantik daripada Yuste yang betul-betul di hadapan penjaga gol Everton.

Namun bintang sensasi mereka, Wayne Rooney menyamakan kedudukan 9 minit kemudian. Ianya selepas kesilapan pertahanan lawan yang menghantar bola kepada penjaga gol.

Tetapi hantaran itu tidak mampu dijangkau penjaga gol. Rooney dengan mudah menjaringkan gol dalam keadaan pintu gol terbuka.

Nikola Vlasic meletakkan Everton di hadapan lawan buat pertama kali dalam saingan UEL musim ini. Ini adalah jaringan pertama beliau untuk Everton.

Ianya seakan-akan mampu memberikan kemenangan kepada Everton. Namun ianya tidak berlaku.

Apollon bermain 10 orang selepas Roberge dibuang padang pada minit ke-86. Hanya 2 minit daripada insiden itu, Apollon menjaringkan gol penyamaan menerusi Yuste Canton pada minit ke-88.

Keputusan seri ini meletakkan Everton di tangga tercorot kumpulan E. Ini selepas satu lagi perlawanan Lyon dan Atalanta berkongsi mata. Everton akan bertemu dengan pasukan pilihan, Lyon dalam perlawanan ke-3 peringkat kumpulan UEL ini.

Apollon pastinya gembira dengan keputusan ini selepas tidak banyak diberikan harapan di dalam perlawanan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=HyAjKP3aSJE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN