Cutrone Selamatkan 3 Mata Milan Yang Hampir Hilang Kerana 2 Kesilapan Defensif

Satu perlawanan yang agak ‘gila’ berlangsung di San Siro. AC Milan menang  ke atas Rijeka 3-2.

Milan bermula sangat baik di dalam perlawanan ini. Penyerang sensasi mereka Andre Silva terus cemerlang. Percubaan pertama beliau terus menghasilkan gol pada minit ke-14. Satu aksi individu yang menarik.

Ini meletakkan Silva dengan 4 gol daripada 2 perlawanan UEL setakat ini.

Bersambung babak kedua, Musacchio meletakkan Milan 2 gol di hadapan pada minit ke-53. Rijeka seakan-akan tidak mampu berbuat apa-apa di dalam perlawanan ini.

Namun tidak! Mereka bangkit dalam 6 minit terakhir.  Kesilapan pertahanan Milan dihukum oleh Acosty pada minit ke-84.

Gol itu nyata menyemarakkan semangat Rijeka selepas Milan gagal membunuh perlawanan ini. Penyokong Milan terpaku apabila Romagnoli melakukan kesilapan dengan menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak penalti.

Romagnoli berniat mahu melindungi (protecting) bola yang hampir keluar. Tetapi beliau gagal melakukannya dengan kemas dan terpaksa menjatuhkan pemain lawan.

Rijeka menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi sepakan penalti Elez yang sudah dapat dibaca oleh Donnarumma.

Milan kelihatan agak resah. Namun pada masa kecederaan +4, Borini merampas semula bola selepas Milan hilang bola di zon serangan.

Borini melakukan ‘airbone through pass’ yang tepat disambut oleh Cutrone yang berjaya melepasi perangkap ofsaid. Cutrone melakukan percubaan terus dengan sentuhan pertama dan Milan akhirnya menyelamatkan semula 3 mata mereka yang hilang.

Kemenangan ini pastinya melegakan Montella yang ditekan hebat oleh segelintir penyokong yang mahukan beliau keluar selepas permulaan yang kurang meyakinkan musim ini.

AC Milan juga tewas 2-0 sebelum ini di tangan Sampdoria.

Apapun, dalam saingan kumpulan D UEL, Milan mengutip 6 mata penuh daripada 2 perlawanan dan berada di tangga teratas kumpulan.

Rijeka pula tewas 2 daripada 2 perlawanan dan berada di tangga tercorot.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN