Manchester United terpaksa menunggu sehingga minit ke-73, untuk jaringan pembukaan, yang merupakan jaringan tunggal, gol kemenangan United dalam perlawanan ini.
Gol tersebut adalah menerusi pemain berusia 17 tahun, Mason Greenwood yang melakukan gelecekan di byline dan melepaskan rembatan rendah menewaskan Nenad Eric.
Manchester United turun menentang Astana dalam perlawanan pembukaan UEL untuk kumpulan L. Ole Gunnar Solskjaer melakukan penggiliran skuad untuk perlawanan ini.
Beberapa pemain muda diberikan peluang untuk beraksi.
🚨 #MUFC TEAM NEWS 🚨
We *think* you might like this…
— Manchester United (@ManUtd) September 19, 2019
Manchester United mendominasi perlawanan dan mencipta beberapa siri peluang di kawasan serangan. United menguasai sebahagian besar perlawanan sehingga 74%.
Namun mereka dihampakan oleh penyudah yang tumpul.
Astana pula, seperti dijangka, menggunakan pendekatan defensif dan cuba melakukan serangan balas. Mereka mencipta beberapa peluang dalam perlawanan ini namun gagal disudahkan.
Lebih perit, Astana tidak ada sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini.
Tibalah minit ke-73, Fred melakukan hantaran diagonal kepada Mason Greenwood. Pemain tersebut melakukan acahan dan menukar arah ke byline.
Dalam keadaan ruang yang agak sempit, Greenwood melepaskan rembatan yang gagal dihalang oleh penjaga gol.
Ini merupakan gol pertama Greenwood bersama pasukan senior. Beliau juga merupakan pemain akademi Manchester United.
2001 – Mason Greenwood is the first player born in the 2000s to score a senior goal for Manchester United (October 2001). Blossom. pic.twitter.com/bKicGOGckg
— OptaJoe (@OptaJoe) September 19, 2019
Rekod yang unik dicipta oleh pemain muda ini untuk Manchester United.
Mason Greenwood is the first 17-year-old to score for Manchester United in European competition in the club's 141-year history.
Rewriting the record books. pic.twitter.com/I6HXl1d21t
— Squawka (@Squawka) September 19, 2019
Manchester United hampir menambah gol selepas itu, namun percubaan Lingard ditepis penjaga gol dan terkena tiang. Tindakan susulan Diogo Dalot pula menghampakan.
Tamat perlawanan, Manchester United menang 1-0.