UEL 2019/20: Conte Puji Gol Eriksen Tapi Mahu Lebih

Bos Inter Milan Antonio Conte memuji gol pertama pemain barunya, Christian Eriksen untuk pasukan selepas menang 2-0 ke atas Ludogorets Razgrad dalam aksi pusingan 32 terakhir UEFA Europa League di Bulgaria awal pagi tadi. Tetapi beliau ‘mahu lebih’ dan ‘belum berpuas hati dengan tahap kecergasan’ pemain tengah Denmark itu.

Dalam perlawanan tersebut, bekas pemain Tottenham Hotspur itu menyudahkan hantaran Romelu Lukaku dari dalam kotak penalti pada minit ke-71. Gol itu merupakan gol pertama Eriksen untuk The Nerrazurri.

Eriksen berpeluang menambah gol kedua menerusi rembatan kencang dari jarak 25 ela beberapa minit kemudian. Tetapi percubaannya sekadar menggegar palang.

Lukaku kemudiannya menambah gol kedua Nerrazurri melalui penalti pada masa tambahan.

Mengulas persembahan Eriksen, Conte nyata belum 100% berpuas hati.

“Dia bermain dengan baik, tapi ada banyak lagi kerja dia kena buat. Saya rasa dia boleh buat lebih, lebih baik lagi. Saya gembira dengan gol pertamanya; itu akan membantu tahap keyakinannya. Tapi dia kena cari balik tempo dan intensiti yang menjadi asetnya beberapa tahun lepas.

Ketika mengulas tindakannya tidak memasukkan perancang Denmark itu dalam kesebelasan utama, Conte berkata, “Eriksen masih belum betul-betul cergas.”

“Saya rasa perkara terbaik untuk Inter ketika ini adalah mengintegrasikan pemain baru perlahan-lahan.”

Inter mendominasi

Inter sepatutnya sudah boleh menjaringkan gol lebih awal apabila percubaan Cristiano Biraghi dibias oleh pertahanan susulan hantaran lintang kanan Victor Moses. Bagaimanapun selepas percubaan tersebut, tempo perlawanan menurun mendadak.

Embed from Getty Images

Penurunan tempo ini nyata mengecewakan Lautaro Martinez yang melepaskan geramnya dengan membentes pertahanan lawan. Penyerang Argentina itu diberi kad kuning dan akan digantung perlawanan ketika timbal-balik di Milan pada minggu depan.

Kecekapan penjaga gol Ludogorets, Plamen Iliev juga menghampakan Inter. Beliau menyelamatkan percubaan Biraghi sebanyak dua kali, Alexis Sanchez dua kali dan Eriksen sekali.

Kebuntuan Inter akhirnya pecah selepas Lukaku masuk menggantikan Martinez. Beliau menyumbang satu bantuan gol untuk Eriksen. Kemudian penyerang Belgium itu menjaringkan gol terakhir perlawanan apabila Anicet Abel tersentuh bola ketika cuba mengeluarkan bola sepakan penjuru Eriksen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN