Quantcast

BERITA

UEL 2018/19: Masa Depan Maurizio Sarri Selubungi Persiapan Chelsea Di Baku

Maurizio Sarri berkata beliau sanggup pergi meninggalkan Chelsea segera sekiranya nasib beliau di Stamford Bridge hanya bergantung kepada hasil perlawanan akhir UEFA Europa League (UEL) menentang Arsenal pada awal Khamis ini.

Jurulatih dari Itali itu hanya bersama Chelsea selama 10 bulan, selepas mengikat kontrak selama dua tahun – termasuk pilihan sambungan selama setahun.

(Photo by Clive Howes/Chelsea FC via Getty Images)

Walaupun berjaya menamatkan saingan pada musim pertama di England di kedudukan ketiga sekaligus layak ke UEFA Champions League pada musim hadapan, mara ke perlawanan ahir Piala Carabao pada Februari lalu, dan kini memimpin Arsenal ke perlawanan akhir Eropah di Baku – kedudukan Sarri di Stamford Bridge tidak pernah selamat.

Hubungan keruh di Stamford Bridge

Antara perkara yang memungkinkan Sarri dipecat walau apa pun hasil perlawanan akhir nanti ialah hubungan beliau dengan penyokong setia Chelsea yang sering skeptikal dengan corak permainan dan falsafah bola sepak pengendali dari Itali ini. Hubungan beliau dengan pemilik kelab, Roman Abramovich juga tidak baik, dan ianya jelas Sarri tidak senang dengan campur tangan pihak lain dalam urusan pasukannya.

Chelsea masih di dalam pertimbangan untuk melakukan rayuan kepada CAS terhadap pergantungan dari melakukan aktiviti di pasaran pemain – juga menjadi sebab mengapa Chelsea mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap kedudukan Sarri. Namun bagi bekas pengendali Napoli itu, ia sangat jelas. Chelsea wajib mengakhiri saingan di Baku dengan trofi kejuaraan.

(Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Jika situasi kekal sebegini, saya mahu pergi [meninggalkan Chelsea] segera,” ujar Sarri ketika mengulas kedudukan beliau.

“Anda tidak boleh melakukan kerja selama 10 bulan, dan kemudian menyandarkan segala-galanya kepada perlawanan yang berlangsung selama 90 minit. Itu tidak betul. Ia sama ada anda berpuas hati atau tidak dengan hasil kerja yang saya lakukan.

Nasib selepas final

Enggan berselindung, Sarri seperti tahu apa yang akan bakal lalui selepas perlawanan akhir nanti.

“Masa depan saya ialah [ditentukan] pada Rabu nanti. Syaa hanya perlu fikirkan itu. Saya mempunyai baki kontrak selama dua tahun, dan tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana kelab lain.

“Saya akan bertemu dan bercakap dengan pihak kelab selepas perlawanan akhir ini. Saya perlu tahu sama ada mereka gembira dengan hasil kerja saya atau tidak.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya gembira di Premier League. Ia adalah antara pertandingan terpenting dunia sekarang ini.”

“Saya sentiasa gembira berada di sini. Chelsea juga adalah slah satu kelab utama di Premier League. Kerana itu saya sangat gembira. Tetapi kita juga harus melihat kepada setiap situasi. Itu normal. Pada setiap akhir musim, anda harus berbincang situasi-situasi tersebut dengan pihak kelab,” ujar Sarri.

Penutup

Sarri tidak mempunyai kekurangan pilihan sekiranya khidmat beliau tidak dikehendaki oleh Chelsea selepas perlawnaan akhir di Baku. Roma dan Juventus adalah antara kelab Serie A yang memantau rapat perkembangan terkini jurulatih itu.

Adakah Sarri akan terus kekal di Stamford Bridge melangkaui hari perlawanan akhir di UEFA Europa League di Baku akan terus menjadi tanda tanya buat masa ini.