2008-09 Separuh akhir Champions League – 2nd leg (Chelsea 1-1 Barcelona)
Perlawanan ini memberi sebab kepada penyokong Chelsea menghafal nama seorang rakyat Norway yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan – Tom Henning Ovrebo.
Selepas perlawanan berkesudahan 0-0 di Camp Nou, Barcelona bertandang ke Stamford Bridge dan ketinggalan 1-0 seawal minit 9’ melalui gol voli Michael Essien. Barcelona mengusai perlawanan tetapi tidak dapat menembusi kubu pertahanan Chelsea, tetapi Chelsea sentiasa nampak berbahaya dalam counter-attack.
Pada minit 66’ situasi Barcelona bertambah buruk apabila Eric Abidal dibuang padang kerana mengasari Nicolas Anelka. Chelsea mempunyai 4 rayuan penalty tetapi semuanya tidak dilayan oleh pengadil Norway, Tom Henning Ovrebo.
Kemudian pada minit 93’, Andres Iniesta menjaringkan gol untuk Chelsea. Jaringan Iniesta adalah satu-satunya shots on target yang dilakukan oleh Barcelona.
Tamat perlawanan, ketika Frank Lampard dan Andres Iniesta tenang bertukar jersi, John Terry, Michael Ballack, Jose Bosingwa dan Didier Drogba mengerumuni Ovrebo untuk sesi maki berjemaah. Di kamera TV, Drogba dapat dilihat memanggil Ovrebo ‘ a fucking disgrace’.
Barcelona mara ke final dan seterusnya menang Champions League sekaligus menamatkan penguasaan 3 kelab liga Inggeris yang mendominasi 3 slot separuh akhir.
2010-11 Round of 16 Champions League – 2nd leg (Barcelona 3-1 Arsenal)
Kali ini, Arsenal pula menjadi mangsa konspirasi UEFAlona.
Selepas menang 2-1 di Emirates Stadium, Arsenal bertandang ke Camp Nou dengan harapan untuk menunjukkan dunia bagaimana untuk mengalahkan Barcelona.
Seawal minit 10’ nasib Arsenal sudah dilunyaikan oleh keputusan pengadil.
Dalam satu serangan Arsenal, van Persie didakwa ofsaid oleh pengadil. Van Persie yang mendakwa tidak mendengar bunyi wisel pengadil kerana bunyi bising di Camp Nou meneruskan serangan dan shoot.
Pengadil mengeluarkan kad kuning kedua kepada van Persie dan nasib Arsenal berkubur – angkara keputusan pengadil dan barisan pertahanan Arsenal yang rapuh.
2010-11 Separuh akhir Champions League – 1st leg (Real Madrid 0-2 Barcelona)
Semasa sidang akhbar selepas perlawanan, Jose Mourinho menuang minyak ke api konspirasi UEFAlona dengan mengutuk UEFA kerana sengaja menyebelahi Barcelona melalui keputusan-keputusan pengadilnya yang banyak menyebelahi Barcelona.
Pepe terus menerima kad merah selepas mengasari Dani Alves. Ramai yang berpendapat amaran pengadil sudah memadai dan kad kuning adalah hukuman paling berat bagi kesalahan Pepe ketika itu. Apa yang pasti, kesalahan Pepe itu tidak sepatutnya dihukum dengan kad merah.
Semasa rehat separuh masa pertama kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan – menyebabkan Mourinho diarahkan duduk di kerusi penonton.
Tetapi pemain Barcelona juga perlu dipersalahkan kerana diving, play-acting dan mengerumuni pengadil untuk mempengaruhi keputusannya. Dalam perlawanan inilah, Sergio Busquet mendapat reputasi sebagai diver apabila kamera TV mendedahkan play-acting nya.
2011-12 Suku akhir Champions League – 2nd leg (Barcelona 3-1 AC Milan)
http://www.youtube.com/watch?v=IpiKql9Sl1s
Sekali lagi, keputusan pengadil mempengaruhi Barcelona dan seterunya. Selepas seri 0-0 di San Siro, Barcelona mendahului separuh masa pertama dengan dua gol penalty kontroversi.
Penalti pertama merupakan last-ditch tackle Luca Antonini terhadap Messi yang jelas berada di posisi ofsaid. Sekali lagi, keputusan pengadil yang tidak bijak mempengaruhi gol Barcelona.
Jika penalty pertama adalah merepek, penalty kedua lagi merepek. Insiden tarik-menarik antara Alessandro Nesta dan Sergio Busquet ketika sepakan sudut Xavi Hernandez mendorong pengadil untuk memberi penalty kedua kepada Barcelona.
Jika 2010-2011 adalah debut Sergio Busquet sebagai seorang diver dalam bola sepak Eropah, perlawanan menentang Milan ini mengukuhkan statusnya sebagai diver.
4 insiden utama ini mengukuhkan dakwaan anti-Barcelona tentang wujudnya konspirasi rasuah/favoritism antara Barcelona dan UEFA. Konspirasi UEFAlona menyatakan status Barcelona sebagai kelab terbesar di dunia ketika itu membawa keuntungan besar kepada UEFA. Semakin jauh Barcelona mara dalam Champions League, semakin mewah TV deal yang diperolehi UEFA.
Tetapi ini teori konspirasi. Sama seperti teori konspirasi yang kononnya ekspedisi NASA ke bulan dirakam di gurun di Arizona, teori konspirasi UEFAlona ini tak perlulah diambil serius.
Pengadil mungkin banyak menyebelahi Barcelona kerana tekanan penyokong 80,000 penyokong Barcelona di Camp Nou, tekanan dari pemain Barcelona, lakonan wayang pemain dan kesilapan lumrah manusia. Bukankah ini semua bola sepak?
Baca: 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Memahami Krisis Barcelona Dari A Sampai Z
kredit: UEFA.com, Telegraph UK, Goal.com, Daily Mail UK
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.