7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Memahami Krisis Barcelona Dari A Sampai Z

10 tahun akan datang, peminat bola sepak pasti akan terkenang bagaimana impak David Moyes di Real Sociedad membawa krisis kepada keharmonian kelab terbesar di dunia, FC Barcelona. Krisis Barcelona 2015.

Sejak kekalahan 0-1 Barcelona kepada Real Sociedad, Pengarah Bola Sepak Barcelona (sering disebut director of football di UK atau sporting director di luar UK), Andoni Zubizarreta dipecat diikuti dengan perletakkan jawatan timbalannya, Carles Puyol. Tak lama kemudian, Lionel Messi mengikuti akaun Instagram rasmi Chelsea – dan akaun rasmi Instagram beberapa pemain Chelsea lain – sekaligus meniup spekulasi bahawa Messi tidak gembira di Barcelona dan mahu berpindah.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa krisis Barcelona yang sedang berlaku ketika ini berpunca dari isu-isu dalaman yang ‘hanya disapu masuk di bawah permaidani’. Sampahnya tidak kelihatan dari luar, tetapi masih ada di bawah permaidani. Dengan kualiti Messi dan Neymar, Barcelona masih berupaya ‘menyapu sampah dan menyorokkan sampah di bawah permaidani’ dengan mencatat kemenangan di padang di sebalik masalah dalaman kelab mereka.

Kami tampilkan kronologi krisis Barcelona yang merasmikan tahun 2015.

1. Joan Laporta digantikan oleh Sandro Rosell

Semasa Joan Laporta mengambil alih tampuk Presiden Barcelona daripada Joan Gaspart pada 2003, Sandro Rosell merupakan pembantu terkuat Laporta. Salah satu manifesto Laporta dan Rosell ketika itu adalah untuk membawa David Beckham ke Barcelona.

Joan Laporta (kiri) bersama Sandro Rosell (kanan) Sumber: LibertaDigital
Joan Laporta (kiri) bersama Sandro Rosell (kanan) Sumber: LibertaDigital

Apabila Beckham memilih Real Madrid, Barcelona mengenal pasti Ronaldinho dari Paris Saint-Germain pula sebagai alternatif Beckham. Kebetulan, Manchester United juga mahukan pemain yang sama untuk menggantikan David Beckham. Dikatakan Ronaldinho memilih Barcelona kerana persahabatannya dengan Rosell yang pernah menjadi bekas eksekutif NIKE di Brazil.

Pada tahun 2005, Rosell keluar dari senarai ahli lembaga pengarah Barcelona dan meletak jawatannya sebagai Timbalan Pengarah Bola Sepak. Beliau mengeluarkan bukunya yang bertajuk Benvingut al Món Real yang mengkritik Laporta kerana gagal melaksanakan manifesto yang mereka usahakan bersama. Beliau mengkritik Laporta yang didakwanya ‘membawa Barcelona ke anarki’ dan ‘tidak telus dan demokratik’.

Sumber: libreriaentrecomillas
Sumber: libreriaentrecomillas

Pada tahun 2010, Rosell mencalonkan dirinya untuk menentang Laporta dalam pilihanraya presiden Barcelona. Beliau meraih hampir 60% sokongan dan berjaya mengambil alih kerusi presiden daripada bekas kawan baiknya.

Sepanjang tempoh pimpinan Rosell dalam Barcelona beliau terlibat dalam banyak keputusan eksekutif yang tidak popular di kalangan penyokong Barcelona:

Selain itu, nama Rosell juga panas di Brazil kerana beliau banyak dikaitkan dengan beberapa kes jenayah rasuah seperti yang didedahkan oleh sebuah artikel akhbar Brazil.

2. Pep Guardiola tak diberikan sokongan oleh ahli lembaga pengarah Rosell

Semasa Pep Guardiola berkonfrontasi dengan Jose Mourinho, ahli-ahli lembaga pengarah Barcelona menasihatkan Guardiola supaya tidak berperang mulut dengan Mourinho. Apabila Guardiola akhirnya hilang sabar dan mengkritik Mourinho, ahli-ahli lembaga pengarah Barcelona tidak memberi sokongan kepadanya di media termasuklah Rosell. Wartawan La Liga, Guillem Balague berspekulasi bahawa Guardiola mula rasa terasing dan mengambil keputusan untuk mengambil cuti sabatikal selama setahun kerana mahu keluar dari drama beliau dengan Mourinho.

Apabila Bayern Munich dibelasah Real Madrid 4-0 semasa separuh akhir kedua Champions League di Allianz Arena, jurnalis sukan Jerman mengkritik Guardiola kerana cubaannya menerapkan falsafah bola sepak Sepanyol dalam pasukan Jerman. Ahli-ahli lembaga pengarah Barcelona mengeluarkan kenyataan media di Sepanyol untuk mempertahankan Guardiola.

Guardioala dikatakan sangat terkejut dengan sokongan ahli-ahli lembaga pengarah Barcelona kerana beliau tidak pernah mendapat sokongan sebegitu semasa konfrontasi beliau dengan Jose Mourinho.

3. Kontrak Gerardo ‘Tata’ Martino tidak dihormati Rosell.

Dilantik untuk menggantikan Tito Villanova yang menghidap kanser, Tata Martino dilantik kerana falsafah bolasepaknya yang hampir sama dengan Barcelona. Tetapi falsafah bolasepak Martino dipersoalkan oleh barisan jurnalis selepas kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Rayo Vallecano. Dalam perlawanan ini, buat kali pertamanya dalam 317 perlawanan berturut-turut Barcelona mencatat possession di bawah 50%.

Apabila masuk bulan Februari, prestasi Barcelona agak merudum dan prospek musim tanpa trofi bertambah jelas. Pada ketika ini, Rosell sudah mengarahkan Andoni Zubizarreta untuk mula mencari calon jurulatih yang baru untuk menggantikan Tata Martino. Habis musim, kontrak Martino tidak diperbaharui dan Bartomeu mengumumkan penggantinya adalah……

4. Luis Enrique

Secara jujurnya, kami boleh mengatakan satu-satunya sebab Luis Enrique dipilih sebagai pengganti Tata Martino adalah beliau arif dengan falsafah bolasepak Barcelona dan nama beliau dicadangkan oleh rakannya dan Pengarah Bola Sepak Barcelona, Andoni Zubizarreta. Dalam erti kata yang lain, polisi pengambilan pekerja di Barcelona pada ketika itu adalah: better the devil you know than the devil you don’t.

Di AS Roma beliau mempamerkan ketandusan idea dari segi taktikal dan gemar menukar gandingan pemain sehingga menganggu kestabilan pasukan (menukar Francisco Totti dan memasukkan Stephano Okaka semasa Roma terkandas di UEFA Europa League menentang Slovan Bratislava).

Di Celta Vigo beliau menamatkan harapan Real Madrid untuk menang liga apabila menang 2-0 dan membawa Celta Vigo ke tangga ke-9 liga, tetapi pencapaian Jagoba Arraste di Real Sociedad jauh lebih baik berbanding Enrique.

Di Barcelona, Enrique mengundang rasa panik di kalangan penyokong Barcelona apabila kerap menukar gandingan pertahanannya. Martin Montoya tidak gembira dengan polisi Enrique dan hampir pasti keluar dari Barcelona. Dani Alves pula belum menandatangani kontrak lanjutan, meninggalkan Douglas sebagai satu-satunya bek kanan Barcelona akhir musim ini.

Tetapi untuk berlaku adil kepada Enrique, gelanggang Real Sociedad memang sudah membawa badi kepada Barcelona sejak zaman Pep Guardiola lagi. Guardiola pernah tewas 1-2 di Anoeta. Tito Villanova pernah tewas 2-3. Tata Martino pernah tewas 1-3. Anoeta adalah salah satu tempat yang sukar bagi Barcelona.

5. Andoni Zubizarreta

Sumber: Marca
Sumber: Marca

Selepas kekalahan Barcelona kepada Real Sociedad – di mana Messi, Neymar dan Dani Alves bermula dari bangku simpanan kerana balik lambat 2 hari (normal bagi pemain Amerika Selatan) – Andoni Zubizarreta menyalahkan presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu atas transfer ban yang dikenakan kepada Barcelona.

Keesokkan harinya Zubizarreta dipecat oleh Bartomeu. Timbalan Zubizarreta, Carles Puyol pula meletakkan jawatannya untuk mengelak dari terlibat dalam konflik dalaman antara Zubizarreta dan Bartomeu (ya, Puyol berkata beliau memang sudah lama ingin meletakkan jawatannya sebelum krisis ini tetapi mengapa sekarang? Anggaplah itu jawapan play safe nya).

6. Luis Enrique dan Lionel Messi bergaduh?

Sehari selepas kekalahan kekalahan Barcelona kepada Real Sociedad, semua ahli pasukan Barcelona menghadiri latihan kecuali Rafinha dan Lionel Messi. Messi tidak menghadiri latihan kerana gastroenteritisPada hari yang sama, media Sepanyol melaporkan Messi mula mengikuti akaun Instagram rasmi Chelsea, Cesc Fabregas, Felipe Luis dan Thibaut Cortois; menimbulkan ura-ura bahawa Messi sudah tidak gembira di Barcelona dan berita-berita sensasi kononnya Messi bergaduh dengan Enrique.

messinsta

Keesokkan harinya, Messi datang ke Ciutat Esportiva untuk datang berlatih seorang diri (untuk menggantikan latihan yang beliau tak hadir).

Pada hari yang sama juga, Johan Cruyff dikesan oleh media dan orang ramai berada di Barcelona. Ramai orang berspekulasi Cruyff tiba di Catalonia dari Amsterdam untuk menyelesaikan konflik dalaman Barcelona dan menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah yang kemudiannya ditangguhkan.

cruyff

7. Pilihan raya presiden dipercepatkan ke 2015

Pilihan raya yang sepatutnya berlangsung pada 2016 dipercepatkan untuk meleraikan konflik dalaman Barcelona ketika ini. Keputusan pilihan raya ini akan menentukan untung nasib Luis Enrique, bukannya Lionel Messi. Antara manifesto popular dalam pilihan raya kali ini adalah cadangan untuk membawa Pep Guardiola kembali ke Barcelona pada 2016. Bartomeu sudah menyatakan keinginannya untuk mempertahankan jawatannya. Antara calon lain yang sudah menyatakan keinginan bertanding adalah Jordi Farre dan calon yang tewas kepada Sandro Rosell pada 2010, Agusti Benedito.

Sementara itu, Bartomeu sudah memulakan proses untuk menggantikan Zubizarreta dan Puyol dengan perjumpaannya dengan Oscar Garcia, bekas pemain Barcelona dan pengurus Watford.

Oscar Garcia dikaitkan dengan jawatan yang dikosongkan Zubizarreta. Sumber: J Ferrandiz
Oscar Garcia dikaitkan dengan jawatan yang dikosongkan Zubizarreta. Sumber: J Ferrandiz

 

Tetapi ada media yang mengatakan Oscar Garcia akan menggantikan Luis Enrique sebagai pengurus Barcelona. WHAT??

what-Alison-Brie-

Kesimpulan

Walaupun jika ura-ura media Sepanyol yang mengatakan Lionel Messi bergaduh dengan Luis Enrique itu benar sekalipun, kami berani jamin Luis Enrique yang akan keluar. Jadi kepada fans Chelsea…

cool-it

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN