Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) merancang untuk menamatkan musim 2019/20 pada bulan Ogos ini termasuk kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL).
Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden UEFA, Aleksander Caferin dalam sebuah berita yang dilaporkan oleh Reuters.
Kebanyakan liga domestik di Eropah telah ditangguhkan sejak Mac lalu ekoran pandemik COVID-19, tetapi beberapa liga telah merancang untuk kembali menyambung baki perlawanan dalam masa terdekat.
⚽️🇪🇺 #UEFA president #AleksanderCerefin says it has a "concrete plan" for finishing the European #football season "in August". #outdoorsportchannel https://t.co/5APOlrGZmB #EuropaLeague #ChampionsLeague #Europe pic.twitter.com/kZPQ8srt4v
— OutdoorSportChannel® (@OutdoorSportCha) May 18, 2020
Bundesliga menjadi liga utama Eropah yang kembali menyambung perlawanan pada hujung minggu lepas sementara liga Perancis, Belanda dan Belgium sudah pun ditamatkan.
Namun Caferin menyatakan keyakinannya 80 peratus liga domestik di benua itu boleh dilengkapkan musim ini. Serie A, La Liga dan Liga Perdana Inggeris juga sedang membuat perancangan rapi untuk melengkapkan baki perlawanan liga masing-masing bermula Jun ini.
“Kami ada idea, tetapi kami perlu menunggu untuk jawatankuasa eksekutif UEFA untuk memutuskan tarikhnya. Saya boleh katakan saingan bola sepak di Eropah akan cuba ditamatkan, buat masa ini pada Ogos,” ujar Caferin.
“Melihat kepada keadaan sekarang ini, saya yakin kita mampu tamatkan semua pertandingan termasuk kejohanan Eropah.
UEFA Rancang Perlawanan Akhir UCL Pada 29 Ogos https://t.co/T4E81m2NfR pic.twitter.com/VyOwZnVD6H
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 16, 2020
“Saya rasa majoriti liga domestik boleh dilengkapkan musim ini. Bagi yang tidak, itu keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh bermain dalam pusingan kelayakan jika mahu menyertai kejohanan Eropah pada musim depan.”
Kedua-dua kejohanan Eropah, UCL dan UEL masih di peringkat 16 pasukan terakhir sebelum ditangguhkan.
Paris Saint-Germain (PSG) yang telah diisytihar sebagai juara Ligue 1 kini merancang untuk beraksi di luar negara selepas kerajaan Perancis melarang sebarang acara sukan berlangsung di negara itu sebelum September.
Liga Perancis Dibatalkan, PSG Buru Kejuaraan UCL https://t.co/I2zuG6ppw0 pic.twitter.com/bcwIpbbc0V
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 28, 2020
“Paris Saint-Germain, dan Lyon seharusnya mengadakan perlawanan di Perancis. Jika tidak, mereka perlu beraksi di gelanggang berkecuali.
“Saya tak nampak apa alasan pihak berkuasa Perancis untuk tidak membenarkan mereka melangsungkan perlawanan tanpa kehadiran penyokong, tetapi itu di luar bidang kuasa saya,” kata Caferin lagi.