UEFA Pertahan Keputusan VAR Beri Penalti Kepada Manchester United

Badan bola sepak Eropah, UEFA mempertahankan penggunaan sistem teknologi VAR yang memberikan penalti kepada Manchester United di masa kecederaan – yang mengakibatkan Paris Saint-Germain (PSG) tersingkir dari saingan UEFA Champions League.

Penalti diberikan selepas percubaan Diogo Dalot kelihatan seperti terkena lengan Presnel Kimpembe di dalam kotak penalti. Sepakan penalti diberikan selepas pengadil melakukan rujukan kepada VAR.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Presnel Kimpembe of Paris Saint-Germain handles the ball after a shot by Diogo Dalot of Manchester Unted during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, France. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Bintang PSG yang sedang mengalami kecederaan, Neymar menganggap keputusan pengadil memberikan penalti kepada United sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

UEFA dalam penjelasan mereka berkata, jarak bola ketika percubaan dari Dalot diambil dari Kimpembe tidak dekat. Tangan pemain itu turut tidak berada rapat dengan badan ketika ianya terkena tangan.

Berdasarkan fakta ini, UEFA berpendapat ‘impak sebegini sewajarnya boleh dijangka’, akibat dari cubaan pemain membuatkan dirinya ‘lebih luas’ ketika dalam cubaan menghadang bola tersebut. Ia sekaligus menyebabkan bola tidak boleh menuju ke arah gol – yang secara teknikal adalah satu kesalahan yang menjurus kepada penalti itu diberikan.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Marcus Rashford of Manchester United scores his side’s third goal from the penalty spot during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, France. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Walaupun pengadil tidak mengecam kesalahan tersebut secara terus ketika perlawanan, beliau telah merujuk kepada VAR yang mengikut garis panduan dan protokol yang telah ditetapkan,” ujar UEFA.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika untuk membenarkan pengadil dari Slovenia, Damir Skomina menilai kembali video kejadian. Marcus Rashford kemudiannya melengkapkan kebangkitan United untuk melengkapkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN