Uefa Pantau Kondisi Padang Wembley, Ingatkan Spurs Untuk Segera Perbaiki Keadaan

Padang Wembley sangat teruk selepas digunakan untuk menganjurkan perlawanan ‘American Football’ – NFL – di antara Philadelphia Eagles dan Jacksonville Jaguars. Oleh itu Uefa kini memantau keadaan tersebut.

Pada masa yang sama, Uefa mengingatkan Tottenham Hotspur agar segera menyediakan padang dengan kondisi terbaik untuk menjadi tuan rumah perlawanan UCL – menentang PSV – pada Selasa akan datang.

Selepas perlawanan NFL itu, Wembley digunakan untuk perlawanan di antara Tottenham Hotspur menentang Man. City. Keadaan padang yang teruk – tak sempat ‘bernafas’ – kerana dalam masa 24 jam selepas itu, terus digunakan lagi untuk EPL – menjadi perhatian ramai pihak.

Sukar untuk menyalahkan Wembley kerana mereka menerima acara NFL itu kerana sebelum ini Spurs dijangka akan mula permain di stadium baharu mereka – Stadium Tottenham pada pertengahan September 2018.

Kerosakan jelas kelihatan pada tandaan garisan (gridiron marking) – untuk kegunaan NFL.

Uefa sangat tegas dalam isu kondisi padang. Pada 2016/17 mereka pernah memberikan amaran kepada Leicester City untuk menggunakan corak padang horizontal sahaja.

Ketika ini, Uefa meminta Spurs untuk sentiasa mengemaskini keadaan padang Wembley tersebut dari masa ke semasa. Sky Sports dalam laporan mereka menyatakan yang keadaan Wembley dipantau secara rapi oleh Uefa.

Uefa dan Tottenham Hotspur serta FA England bekerjasama dalam memastikan padang Wembley itu menepati ciri-ciri keselamatan untuk digunakan dalam perlawanan UCL.

Sehari sebelum perlawanan di antara Tottenham dan PSV Eindhoven, pegawai Uefa akan memeriksa padang – untuk memastikan ianya menepati spefikasi. Jika gagal, Spurs mungkin akan dikenakan tindakan oleh Uefa.

Pep Guardiola menyatakan keadaan padang yang teruk membantu City menang ke atas Spurs. Kerana keadaan rumput yang teruk dan tak rata, Lamela gagal menjaringkan gol.

Guardiola berkata: “Jika rumput itu rata, Lamela akan menjaringkan gol – menyamakan kedudukan – ketika itu.”

Spurs gagal menyiapkan stadium baharu mereka seperti yang dirancang kerana ada beberapa masalah teknikal – antaranya isu melibatkan keselamatan.

Dijangka stadium itu akan menganjurkan perlawanan EPL pertama pada 15 Disember – di mana Spurs akan berhadapan Burnley. Ini diikuti perlawanan pada 13 Januari 2019 – Spurs vs. Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN