Javier Tebas Tembak PSG Di Kota Paris, Anggap Kelab Itu Anak Emas UEFA

Presiden La Liga, Javier Tebas menganggap UEFA takut untuk hukum PSG – walaupun terang-terangan pasukan itu melanggar peraturan Financial Fair Play ataupun FFP. Seolah-olah PSG merupakan anak emas UEFA.

Beberapa pasukan kecil di Eropah telah dihukum dilarang daripada bermain di UCL ataupun UEL oleh UEFA kerana gagal menepati piawaian FFP oleh UEFA. Namun PSG pula masih gah.

Ketika PSG membeli Neymar, Javier Tebas sudah menyatakan pasukan gergasi Perancis itu secara automatik akan gagal dalam FFP (Financial Fair Play) kerana harga Neymar adalah €222 juta. Namun begitu, PSG meneruskan juga hasrat itu dan berjaya mendapatkan Neymar.

Kini, Javier Tebas mengeaskan sekali lagi pendiriannya bahawa PSG harus disingkirkan daripada UCL sebagai hukuman kerana melanggar FFP.

Sebelum ini, UEFA menjalankan siasatan ke atas PSG – milik billionaire Qatar – berkaitan perbelanjaan kelab itu pada 2017. Itupun selepas tekanan dan desakan daripada beberapa kelab di Eropah yang merasakan UEFA pilih kasih dalam siasatan dan audit FFP. Selain PSG, banyak kelab juga mendesak Man. City juga perlu disiasat.

PSG mendapatkan Neymar dengan €222 juta dan kemudiannya melengkapkan perpindahan Kylian Mbappe dengan nilai €180 juta beberapa minggu selepas itu. PSG menyatakan perjanjian Mbappe adalah berbentuk pinjaman dan ia tak melibatkan perbelanjaan mereka pada 2017.

Javier Tebas berkata di hadapan media di Paris: “Peraturan Financial Fair Play UEFA dengan jelas menyatakan; apabila kamu menipu dalam pengurusan dana, kamu akan disingkir dan dihalang daripada menyertai pertandingan [di bawah kendalian UEFA].”

PSG masih tak pernah dilarang daripada menyertai Liga-Liga Juara Eropah, walaupun pada September lalu UEFA menyatakan; mereka sedang merujuk kes berkaitan tuduhan ke atas pasukan PSG.

UEFA awalnya menyatakan PSG bersih daripada salah laku FFP. Selepas tekanan sekali lagi daripada beberapa pihak, UEFA kemudiannya berkata mereka akan melakukan siasatan lanjut.”

UEFA sudah menetapkan setiap kelab wajib untuk tidak membelanjakan wang lebih daripada apa yang mereka dapat – walaupun atas apa jua alasannya – dan defisit haruslah tidak lebih daripada €30 juta dalam masa 3 tahun.

Untuk kes PSG pula mereka ditaja secara mewah oleh beberapa syarikat mahupun organisasi besar.

Namun begitu, mereka dilaporkan menerima tajaan daripada kerajaan Qatar menerusi jabatan perlancongan negara tersebut. Angkanya sangat besar. Lantas ada yang sangsi sama ada wang itu benar-benar daripada kementerian perlancongan Qatar ataupun ada perkara yang tak kena di sebaliknya.

PSG striker Edinson Cavani is reaping the benefits of playing alongside Neymar and Kylian Mbappe and expects the trio to be better in 2018.

Javier Tebas pula dengan beraninya mengkritik PSG ketika di Paris – yang menjadi pangkalan pasukan PSG. Beliau menyatakan beliau semakin hilang kepercayaan ke atas UEFA.

“Saya agak skeptikal. Buat masa ini, saya harus yakin dengan mereka [UEFA] – namun apabila kesemua proses siasatan ini berakhir, anda tanya saya lagi,” katanya dalam nada tegas.

Javier Tebas tak menghiraukan amaran oleh pemilik PSG – Nasser Al Khelaifi – sebelum ini yang mengarahkan beliau berhenti untuk membangkitkan tersebut.

Nasser mendakwa Tebas agresif menyerang PSG kerana beliau kehilangan Neymar daripada La Liga yang merupakan satu kehilangan besar kepada jenama kelab tersebut.

Hal itu disangkal oleh Tebas. Beliau menyatakan; “Saya tidak bersuara kerana saya mahu melindungi Real Madrid ataupun Barcelona,” jawab beliau – ketika dituduh risau 2 kelab besar Sepanyol itu diancam oleh populariti PSG yang semakin meningkat.

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Marcelo of Real Madrid is challenged by Jordi Alba of Barcelona in the penalty area during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

“Saya menaikkan isu ini kerana saya mahukan bola sepak yang seimbang dari segi ekonomi. Oleh itu sepatutnya tiada kaedah jahat digunakan dalam usaha menjadi pasukan besar. Perkara seperti ini akan menyebabkan struktur ekonomi dalam bola sepak terancam.”

“FFP adalah peraturan yang harus diikuti oleh kesemua pasukan, bukan sahaja Man. City ataupun PSG. Namun isunya sekarang ini – PSG ini terlalu terang [melanggar FFP],” tambah Tebas lagi.

Tebas menuduh PSG dan Man. City sebagai punca kepada inflasi yang teruk dalam bursa perpindahan pemain.

“Dengan pembelian Neymar oleh PSG, mereka menggandakan rekod dunia untuk pembelian pemain – sebelum itu Man. United membeli Pogba dari Juventus dengan harga €105 juta,” katanya kepada media.

“Jika gaji pemain ataupun harga perpindahan pemain meningkat kerana peningkatan hak penyiaran, itu adalah normal – duit datang daripada sumber seperti itu – bukannya daripada duit minyak dan gas. Inflasi ini buruk apabila wang itu bukan daripada bola sepak.”

Ditanya tentang pandangan beliau ketika perlawanan La Liga dilarang oleh FIFA untuk diadakan di Amerika Syarikat. Tebas kecewa dan mahu mencabar keputusan itu di Mahkaman Timbang Tara Sukan (CAS).

“Kenapa NBA boleh diadakan di luar Amerika Syarikat – dimainkan di London – tetapi kita tak boleh adakan perlawanan La Liga di sana?”

Tebas menyatakan langkah untuk mengadakan perlawanan La Liga di luar Amerika Syarikat sebagai salah satu langkah strategik mereka menaikkan publisiti liga itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN