Antonio Conte Tak Yakin Projek Real Madrid Sesuai Dengan Beliau

Bekas pengurus pasukan Chelsea – dan juga pasukan Itali – Antonio Conte dikatakan tidak berminat untuk menjadi pengurus pasukan Real Madrid.

Antonio Conte kini tidak menguruskan mana-mana pasukan selepas dipecat oleh Chelsea pada pramusim yang lalu.

Laporan di Itali menyatakan Antonio Conte kini masih berusaha untuk mendapatkan pampasan yang sepatutnya daripada pasukan Chelsea – selepas kontraknya ditamatkan.

Sky Sport melaporkan yang Antonio Conte ada klausa khas – beliau dilarang untuk menguruskan mana-mana pasukan EPL. Namun begitu Antonio Conte bebas untuk menguruskan  pasukan di luar England.

Jika Conte menolak tawaran daripada Real Madrid dan kekal tidak menguruskan mana-mana pasukan musim ini, beliau akan mendapat bayaran tambahan sehingga £7 juta lagi.

Antonio conte – yang pernah membantu Chelsea menjuarai EPL -menjadi nama yang dikaitkan dengan Real Madrid sejak beberapa minggu lalu.

Selepas kekalahan 5-1 di tangan Barcelona pada el clasico, Real Madrid telah memecat pengurus mereka Julen Lopetegui.

Real Madrid’s Brazilian defender Marcelo (L) is hugged by Real Madrid’s Spanish coach Julen Lopetegui as he leaves the pitch during the Spanish league football match between FC Barcelona and Real Madrid CF at the Camp Nou stadium in Barcelona on October 28, 2018. (Photo by Josep LAGO / AFP) (Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

Real Madrid ketika ini diuruskan sementara oleh pengurus pasukan Real Madrid B – Santiago Solari.

Antonio Conte tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke dalam dunia pengurusan. Namun beliau menyatakan buat masa ini beliau ingin berehat terlebih dahulu. Beliau hanya akan kembali mengurus pasukan pada musim hadapan.

Selain itu, Sky Sports juga menyatakan yang Antonio Conte merasakan tugasan untuk menguruskan Real Madrid tidak begitu sesuai dengan cara pengurusan beliau.

Hal ini kerana Antonio Conte berpendapat corak pengurusan beliau tidak sesuai dengan projek yang sedang dirancang di Real Madrid ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN