UEFA Nasihatkan Pasukan Eropah Boikot Perlawanan Yang Melarang Wanita Ke Stadium

Badan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengeluarkan saranan kepada mana-mana pasukan kelab dan negara di bawah naungannya agar tidak bermain di negara yang tidak membenarkan wanita masuk ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Undang-Undang UEFA. mereka telah bersetuju peraturan berkenaan tertakluk kepada 55 pasukan kebangsaan dan semua kelab Eropah.

Namun UEFA tidak mendedahkan nama negara yang dimaksudkan.

Sekalipun begitu, ramai beranggapan negara berkenaan adalah Iran memandangkan perhatian kini tertumpu kepada negara itu sejak kematian seorang peminat bola sepak wanita pada awal bulan ini.

Sahar Khodiyar, pada 2 September lepas telah bertindak membakar dirinya sebagai tanda protes di atas pendakwaan yang dikenakan kepadanya. Wanita berkenaan telah ditahan pada bulan Mac kerana cuba untuk memasuki stadium bola sepak.

Selepas dilokap selama tiga hari, beliau dilepaskan dengan jaminan dan menunggu enam bulan untuk pendengaran kesnya di mahkamah.

Tetapi apabila tiba di mahkamah, beliau mendapati sidang tersebut telah ditangguhkan kerana hakim yang mengadili kes berkenaan tidak hadir atas alasan hal keluarga.

Sahar yang berang dan kecewa kemudian menuju ke mahkamah dan laporan mengatakan beliau mendapat tahu akan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan hingga dua tahun sekiranya didapati bersalah.

Tanpa berfikir panjang, Sahar bertindak membakar dirinya di hadapan bangunan mahkamah dan disahkan meninggal dunia di hospital setelah bertarung nyawa selama seminggu.

Kejadian tersebut mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Badan hak asasi manusia dan beberapa persatuan wanita di Iran menyatakan solidariti mereka dengan mengadakan protes di jalanan dan menjalankan kempen di media sosial dengan tanda pagar #BlueGirl.

Golongan wanita di Iran telah dihalang untuk ke stadium untuk menonton acara sukan lelaki sejak tahun 1981 selepas berlaku Revolusi Iran yang menyaksikan undang-undang Syariah diperkenalkan.

Larangan tersebut digantung sementara pada tahun lepas untuk membenarkan wanita menonton Piala Dunia melalui siaran langsung yang ditayang di dalam stadium di Tehran.

Pemenang Pemain Terbaik Wanita dalam majlis Anugerah Best FIFA, Megan Rapinoe beberapa hari lepas turut menyatakan sokongannya kepada Sahar dalam ucapannya di atas pentas sebaik sahaja menerima anugerah berkenaan.

Badan bola sepak dunia FIFA menyatakan mereka telah diberi jaminan oleh pihak berkuasa Iran bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Kemboja di Tehran pada 10 Oktober kelak akan dibuka kepada wanita.

Presiden UEFA, Aleksander Caferin berkata, badan tersebut tidak ada kuasa untuk menghukum mana-mana pasukan Eropah yang akan bermain di negara-negara yang tidak mengizinkan wanita ke stadium.

Namun mereka menekankan, saranan tersebut dikeluarkan sebagai tanda sokongan organisasi mereka terhadap usaha menghapuskan penindasan gender.

“Kami tidak boleh menghukum sesiapa sekiranya mereka tetap bermain [di negara-negara tersebut] kerana ianya bukan bidang kuasa kami.

“Tetapi itu tidak bermaksud kami akan mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa. Kami mahu membangunkan bola sepak eropah dengan ketamadunan.” kata Caferin.

“Nasihat kami kepada 55 persatuan bola sepak negara dan semua kelab di Eropah, usah bermain di sana atau berlawan dengan pasukan dari negara yang melanggar hak asasi manusia dan tidak menghormati wanita.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN