UEFA dijangka akan menyingkirkan salah satu pasukan daripada sudsidiari Red Bull untuk bermain dalam satu pertandingan.
Ini adalah tamparan hebat kepada 2 kelab yang bernaung di bawah pemilikan Red Bull Soccer iaitu RB Leipzig dan RB Salzburg.
Anda boleh baca sedikit maklumat dalam artikel Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich
Ianya melibatkan 2 kejohanan utama iaitu UCL dan UEL. Contohnya, jika kedua-dua kelab berjaya masuk ke UCL, salah sebuah kelab akan dikeluarkan ke UEL.
Dan jika kedua-dua buah kelab hanya layak beraksi di UEL. Salah satu kelab akan tidak layak untuk bermain di Eropah musim hadapan.
RB Leipzig menunjukkan peningkatan mendadak dalam Bundesliga dan berpotensi untuk mara ke UCL musim hadapan.
Manakala RB Salzburg turut dalam prestasi terbaik untuk layak ke UCL jika mereka berjaya mempertahankan Liga Austria. Salzburg sedang memimpin kedudukan liga selepas perlawanan ke-22 Liga Austria.
Regulasi UEFA melarang mana-mana pasukan dari penaja utama yang sama, ataupun pemilik mahupun organisasi yang sama bertanding di dalam kejohanan yang sama anjuran mereka.
Berita ini membuatkan CEO Red Bull Soccer, Oliver Mintzlaff panas.
Beliau meminta UEFA mengkaji semula dasar tersebut untuk memastikan pasukan yang layak tidak dinafikan hak untuk bermain di dalam kejohanan Eropah walaupun dari 2 organisasi yang sama.
Bercakap kepada SID, Mintzlaff berkata:
“Kami di Leipzig tidak risau dengan hal ini sekarang. Lagipun UEFA masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang hal ini.”
“Jika kami berjaya menamatkan saingan di slot Eropah, maka tidak ada alasan pasukan kami untuk dinafikan hak bermain di sana.”
Jurucakap UEFA berkata:
“Perkara ini akan dinilai dan disahkan oleh UEFA tentang status pasukan yang terlibat.”
“Kami akan membuat keputusan selepas menerima borang penyertaan dari setiap persatuan bola sepak setiap negara selepas musim liga di setiap negara berakhir.”
Baca juga: TMJ Mahu ‘Bersihkan’ FAM, Ingin Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Pilih Presiden