Sah! Mehmet Durakovic Pengendali Baru Perak!

Presiden Presiden Bola Sepak Perak (PAFA), Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam kenyataan rasmi beliau mengesahkan Mehmet Durakovic pengendali baru Perak.

Perlantikan ini berkuat kuasa serta merta selepas Karl Heinz Weigang ditamatkan kontrak pada hari ini (22.02.2017).

Dipetik daripada Peraktbg.com, Abdul Puhat berkata:

Terima kasih Weigang

Keputusan tersebut (penamatan kontrak Weigang) dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan setelah meneliti pelbagai aspek dan cadangan.

PAFA sangat menghormati dan menghargai Karl Heinz Weigang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai jurulatih lagenda Pasukan Perak The Bos Gaurus.

Mehmet ambil alih

PAFA telah melantik Mehmet Durakovic sebagai Ketua Jurulatih yang baru Pasukan Perak The Bos Gaurus berkuatkuasa 22hb. Februari 2017.

Keputusan melantik Mehmet Durakovic dibuat setelah PAFA meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing.

Mehmet Durakovic yang berasal dari Australia berusia 52 tahun telah dipilih berdasarkan rekod beliau sebagai pemain dan jurulatih.

Ketika beliau bersama Pasukan Selangor sebagai pemain dan Ketua Pasukan, beliau telah menjuarai pelbagai kejohanan.

Antaranya Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Liga Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997, Piala Sumbangsih pada tahun 1996 dan 1997, Piala FA pada tahun 1995.

Beliau juga telah menjuarai Piala Malaysia sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2015 termasuk penyertaan di dalam Piala AFC bersama Pasukan Selangor.

Sumber foto: Peraktbg.com

Mehmet Durakovic adalah bekas pemain utama Pasukan Australia yang pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai Ketua Pasukan.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan untuk pelbagai pasukan bolasepak di Australia.

PAFA berharap perlantikan Mehmet Durakovic dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Pasukan Bolasepak Liga Super Perak The Bos Gaurus Musim 2017.

Selamat tinggal Weigang, selamat maju jaya Mehmet

Pemergian Weigang mendapat respon yang agak emosi daripada ramai peminat bola sepak Perak dan Malaysia.

Ini kerana mereka tahu rasa sayang Weigang kepada pasukan Perak. Weigang datang ‘menyelamatkan’ pasukan Perak pada musim lalu.

Namun, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Jasa Weigang pastinya akan dikenang oleh semua peminat bola sepak, bukan sahaja penyokong Perak.

Semoga Karl Heinz Weigang dapat berehat dengan tenang setelah kembali ke tanah air beliau.

Mehmet Durakovic adalah jurulatih yang sudah ada rekod yang baik di negara kita. Jadi, penyokong Perak pastinya berharap pengendali dari Australia ini mampu memberikan output yang baik.

Tugasan pertama Mehmet adalah berhadapan dengan Felda United.

Baca juga: TMJ Mahu ‘Bersihkan’ FAM, Ingin Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Pilih Presiden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN