UEFA Mungkin Akan Arahkan Spartak Moscow Bermain Stadium Kosong

Dalam perlawanan UCL melibatkan Spartak Moscow dan Maribor yang berlangsung di Slovenia pada Rabu lalu, penyokong Spartak Moscow telah menimbulkan kekacauan.

Mereka telah membaling suar ke arah pengadil perlawanan. Mujurlah pengadil perlawanan Deniz Aytekin tidak terkena balingan suar tersebut.

UEFA kini dalam siasatan ke atas insiden tersebut. Hooligan dari Rusia ini sekali lagi menjadi tajuk sensasi dan pastinya ia akan memeningkan kesatuan bola sepak Rusia yang sedang giat meyakinkan semua peminat bola sepak bahawa Piala Dunia 2018 adalah selamat.

Penyokong Spartak Moscow telah membakar suar dan membalingnya ke arah pengadil yang berada di tengah padang.

Penyokong Spartak Moscow telah didenda £8,500 oleh Kesatuan Bola Sepak Rusia kerana sorakan dan kain rentang berunsurkan perkauman oleh penyokong mereka pada 2015 ketika perlawanan domestik menentang Arsenal Tula.

Dalam perlawanan kedua UCL, Spartak akan berhadapan dengan pasukan Liverpool. Sebelum ini pasukan Manchester City sudah 2 kali beraksi di stadium kosong berhadapan dengan pasukan dari Rusia dan Ukraine.

Musim lalu Dynamo Kiev didenda beraksi di stadium kosong selepas pesta suar di dalam stadium meraikan kepulangan semula mereka ke UCL.

Pihak Liverpool meminta UEFA membuat keputusan segera berkenaan isu itu kerana ada sekitar 1,400 penyokong Liverpool bakal terbang ke Rusia untuk mengisi kuota tiket yang diberikan kepada mereka.

Liverpool juga membayar visa perjalanan untuk kesemua penyokong mereka yang ke Rusia. Jadi, UEFA haruslah mengumumkan lebih awal keputusan mereka sama ada perlawanan tersebut dalam stadium kosong ataupun tidak?

Pada masa yang sama, UEFA diminta untuk mengetatkan lagi polisi keselamatan di dalam stadium terutama sekali isu yang berkaitan dengan keselamatan penyokong.

Bermain di stadium kosong sudah pastinya memberikan impak kepada bayaran penyiaran dan juga kutipan tiket di hari perlawanan yang agak tinggi nilainya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN