UEFA Tambah Pergantungan Eric Bailly, Man Utd Turut Diberi Amaran

Eric Bailly akan terlepas peluang beraksi untuk Manchester United dalam perlawanan akhir European Super Cup menentang Real Madrid, selepas UEFA menambah hukuman penggantungan perlawanan terhadap pemain itu.

Keputusan oleh UEFA ini juga akan menyebabkan Manchester United terpaksa melupakan khidmat Bailly untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan UEFA Champions League (UEL) pada musim hadapan.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Pemain pertahanan tengah Manchester United itu dilayangkan kad merah ketika aksi separuh akhir UEFA Europa League (UEL) menentang Celta Vigo sekaligus menyebabkan Bailly terlepas perlawanan akhir menentang Ajax pada Mei lalu.

Walaupun sudah menjalani pergantungan satu perlawanan ketika menentang Ajax, UEFA mengambil keputusan untuk menambah hukuman terhadap Bailly.

Ini disebabkan kelakuan Bailly sebelum dan selepas layangan kad merah dianggap sebagai serius oleh jawatankuasa disiplin UEFA.

Eric Bailly dilayangkan kad merah akibat daripada insiden dengan bekas pemain Manchester City, John Guidetti ketika perlawanan berbaki 9 minit menuju wisel penamat.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Pemain pertahanan antarabangsa Ivory Coast itu kelihatan mencekik leher Guidetti sebelum ia berlarutan melibatkan pertengkaran dengan seorang lagi pemain pertahanan Celta Vigo daripada Argentina, Facundo Roncaglia.

Roncaglia turut dilayangkan kad merah sebelum kedua-dua pemain terpaksa dipisahkan dan diiring oleh pegawai kelab masing-masing menuju bilik persalinan.

Perkhabaran ini pasti memberi kerunsingan kepada Jose Mourinho dalam mempersiapkan skuadnya bertemu juara Eropah, Real Madrid dalam aksi Super Cup yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos di Skopje, Mecedonia.

(Photo credit should read MIGUEL RIOPA/AFP/Getty Images)

Eric Bailly menyertai Manchester United daripada Villareal dengan tanda harga £30.4 juta.

Sejak daripada itu, Bailly menjadi pemain penting pilihan Jose Mourinho di bahagian pertahanan Manchester United.

Aksi Bailly pada musim lepas mendapat pujian daripada Mourinho terutama selepas kesanggupan Bailly untuk beraksi walaupun mengalami kecederaan.

Mourinho beranggapan tindakan UEFA menambah hukuman terhadap Eric Bailly itu sebagai agak keterlaluan.

(Photo by Jan Kruger – UEFA/UEFA via Getty Images)

“Saya tidak pasti, tetapi bukankah ia juga melibatkan Roncaglia? Eric Bailly mungkin agak naif dalam situasi sebegitu, tetapi Roncaglia bukanlah pertama kali turut berkelakuan sedemikian.”

“Kami kehilangan seorang pemain yang amat penting untuk perlawanan akhir tersebut dan kami tidak ada banyak pilihan kali ini,” ujar Mourinho ketika ditanya mengenai tindakan terbaru dari UEFA itu.

Selain daripada penambahan hukuman pergantungan terhadap Eric Bailly, Manchester United turut diberi amaran oleh badan induk bola sepak Eropah itu kerana kelewatan sepak mula perlawanan melibatkan Manchester United dan Celta Vigo tersebut.

Sumber:

1. Matthew Scott, GOAL (2017): Bailly to miss Man Utd’s Super Cup clash with Real Madrid; http://www.goal.com/en-au/news/4016/main/2017/07/25/37296152/bailly-to-miss-man-utds-super-cup-clash-with-real-madrid

2. David McDonnel, Mirror (2017): Eric Bailly to miss Real Madrid Super Cup clash as UEFA hit Manchester United defender with additional two-game ban; http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/eric-bailly-miss-real-madrid-10863174

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN