Bonucci Dedahkan Ronaldo Pemain Paling Sukar Dihadapi, Messi Kedua Terbaik

Leonardo Bonucci merupakan salah seorang pemain pertahanan yang cukup hebat dalam sejarah moden bola sepak Itali.

Di Juventus, beliau mencipta gandingan 3 serangkai pertahanan yang cukup baik bersama-sama Giorgio Chiellini dan juga Andrea Barzagli.

Namun begitu masalah yang dihadapi di Juventus membawa beliau untuk pergi ke AC Milan bagi meneruskan karier beliau.

Dalam majlis pengenalan sebagai pemain baharu AC Milan, Bonucci ada mendedahkan siapakah pemain yang paling hebat pernah beliau hadapi sepanjang kariernya.

Siapakah orangnya agak-agak anda?

Jawapannya adalah Cristiano Ronaldo!

Bagi Bonucci, Ronaldo merupakan pemain yang paling sukar untuk beliau hadapi sepanjang karier beliau.

Katanya, Ronaldo punya segala yang diperlukan untuk menjadi seorang juara dalam bola sepak.

“Siapakah pemain terbaik di dunia? Pastinya Cristiano Ronaldo!”

“Beliau merupakan pemain yang cukup sukar untuk dihadapi ketika kami bermain bersama-sama. Pada saya, beliau punya segalanya untuk menjadi seorang juara.”

Kenyataan dari Bonucci ini jelas membuktikan yang beliau memilih Ronaldo berbanding Lionel Messi dalam perdebatan terhebat alaf ini iaitu, “siapa lagi hebat? Ronaldo atau Messi?”

Akan tetapi, Bonucci tetap merasakan kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang cukup luar biasa dalam bola sepak.

“Messi merupakan pemain yang mempunyai bakat semula jadi yang cukup luar biasa. Manakala Ronaldo pula membina dirinya untuk menjadi pemain yang cukup hebat sekarang.”

“Mereka berdua amat hebat. Mereka satu kelas lebih tinggi berbanding pemain-pemain lain.”

Sumber:

  1. Sportskeeda (2017): Leo Bonucci picks between Cristiano Ronaldo and Lionel Messi; https://www.sportskeeda.com/football/leo-bonucci-picks-cristiano-ronaldo-lionel-messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN