UEFA Cadang Perkenal VAR Untuk Champions League 2018/19

UEFA telah mengesahkan sedang melakukan penilaian akhir untuk menggunakan teknologi Video Assistant Referee (VAR) dalam pertandingan Champions League pada musim ini.

Cadangan penggunaan VAR dalam pertandingan tersebut bagaimanapun hanya akan dimulakan di peringkat suku akhir.

(Photo by Peter KovalevTASS via Getty Images)

Teknologi VAR sudah pun digunakan di beberapa liga utama di dunia dan dianggap berjaya ketika digunakan di Piala Dunia 2018 yang lalu.

Sumber ESPN FC melaporkan UEFA kini akan berbincang bersama Persatuan Kelab Eropah tentang penggunaan VAR dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada Isnin hadapan di Monaco.

Dalam satu kenyataan yang dipetik daripada The Times, UEFA berkata:

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

“UEFA sentiasa mencari jalan untuk menambah baik mutu pertandingan dan kini hampir untuk melaksanakan pengunaan teknologi VAR, yang sudah diuji dalam beberapa pertandingan lain sebelum ini.”

Presiden UEFA, Alesander Ceferin yang mengekalkan jawatan badan pentadbir bola sepak eropah itu pada minggu ini pernah berkata pada April lalu bahawa Champions League belum bersedia untuk menggunakan teknologi VAR.

Bagaimanapun bekas pengerusi komiti pengadilan FIFA, Pierluigi Collina dalam satu temubual bersama ESPN pernah berkata situasinya kini jelas berbeza, dan kini tiba masanya untuk teknologi itu dilaksanakan di dalam pertandingan eropah.

(Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Malah pengerusi baharu yang menggantikan Collina, Roberto Rosetti turut mempunyai pendapat yang sama dengan Collina.

Jika jawatankuasa pertandingan UEFA bercadang menggunakan teknologi VAR di dalam pertandingan tersebut pada musim ini, mereka terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA melalui proses undian dala mesyuarat akan datang pada bulan hadapan.

VAR mungkin akan diperkenalkan bermula di peringkat suku akhir, dengan potensi perbelanjaan dan logistik melibatkan pemasangan kamera, yang lebih besar sekiranya ia membabitkan semua 32 pasukan di peringkat kumpulan pada masa akan datang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN