UCL Tanpa Haaland, Mbappe Dan Liverpool Jadikan UEL Lebih Meriah Musim Hadapan

UEFA Champions League sentiasa disifatkan sebagai pertandingan bola sepak peringkat kelab paling elit di eropah. Perlawanan akhir musim 2018/19 misalnya telah menarik seramai 380 juta tontonan dari seluruh dunia. Ini baru satu perlawanan.

Antara yang menjadi daya tarikan pertandingan ini semestinya kerana nama-nama besar di dalam pertandingan tersebut yang secara tradisinya diadakan pada setiap musim.

Daya penarik Champions League

Cristiano Ronaldo misalnya digelar Mr. Champions League kerana rekod-rekod yang dihasilkannya di pertandingan ini. Lima kejuaraan yang pernah diraih oleh pemain ini ketika masih bersama Real Madrid dan Manchester United turut menjadikan Ronaldo sebagai pemain kedua terbanyak pernah bergelar juara eropah dalam sejarah penganjuran.

Penampilan bintang-bintang bola sepak dunia yang lain seperti Neymar dan Messi turut antara yang sentiasa dinanti-nantikan. Kelibat Erling Haaland dan Kylian Mbappe pula dilihat sebagai generasi baharu pemain yang menjadikan pentas Champions League medan beradu kekuatan.

Tidak terkecuali ialah penampilan Liverpool – kelab keramat dunia yang merangkul kejuaraan keenam mereka pada musim 2018/19 – yang mencetuskan ratusan ribu lautan merah di Merseyside selepas kepulangan skuad Jurgen Klopp dari perlawanan akhir.

Namun pertandingan Champions League 2021/22 mungkin tidak akan semeriah seperti musim sebelum ini jika perkara-perkara seperti yang kami senaraika di bawah berlaku. Tiada lagi jeritan ‘si’ selepas lompatan silang tangan dari Ronaldo. Persaingan di antara Haaland dan Mbappe turut berhadapan kemungkinan berubah arena. Manakala tiada lagi penyokong Liverpool dengan bangganya terus berbicara ‘let’s talk about six’.

Bagaimana semua ini boleh berlaku. Mari kita lihat kepada kemungkinan-kemungkinan seperti yang disenaraikan di bawah.

Juventus dan Ronaldo tenggelam

Cristiano Ronaldo dan Juventus benar-benar di dalam zon bahaya. Mereka ketinggalan 12 mata di belakang Inter Milan dan semakin sukar untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sembilan kali berturut-turut sebelum ini.

Lebih merisaukan ialah AC Milan dan Atalanta berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Juventus. Napoli pula menghidu peluang untuk memintas Juventus apabila kedua-duanya bakal bertemu dalam perlawanan yang tertunda sebelum ini pada Rabu akan datang.

Mbappe & Neymar di Ligue 1

Situasi Mbappe dan Neymar bersama PSG di Ligue 1 tidak seteruk situasi Ronaldo dan Juventus di Serie A. Namun prestasi kurang konsisten PSG pada musim ini seharusnya tidak dipandang ringan. Kebiasaannya jaguh Ligue 1 ini amat dominan di dalam pertandingan domestik. Namun situasi semasa jelas berbeza.

Lille kini mendahului carta Ligue 1 dengan kelebihan tiga mata ke atas PSG di kedudukan kedua.  Monaco kini kembali bersaing dan dipisahkan hanya dengan perbezaan satu mata. Lyon pula mengikuti rapat di belakang dengan perbezaan dua mata. Situasi terburuk, PSG berkemungkinan akan memeriahkan pertandingan Europa League pada musim akan datang.

Haaland: Sebelah kaki sudah tersingkir

Tidak hairanlah mengapa Mino Raiola sedang berusaha berhabis-habisan agar perpindahan Erling Haaland pada musim panas nanti berjaya direalisasikan.

Jika kedudukan terkini diambil kira, Borussia Dortmund boleh melupakan sahaja impian untuk beraksi di Champions League pada musim hadapan. Ketinggalan lima mata untuk empat kedudukan teratas, Dortmund perlu bersaing dengan Bayern Munich, RB Leipzig, Wolfsburg dan Eintracht Frankfurt.

Tiada kesinambungan ‘let’s talk about six’

Buat masa ini penyokong Liverpool perlu menunggu lebih lama kesinambungan kebanggan ‘let’s talk about six’ yang meniti di bibir setiap penyokong setia The Reds.

Real Madrid akan berhadapan Liverpool di suku akhir Champions League pada minggu ini, dan The Reds kelihatan seperti sudah menemui kembali keyakinan untuk mencipta kemenangan.

Namun dengan hanya 49 mata, Liverpool kini berada di kedudukan ketujuh, tiga mata di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat – slot terakhir ke Champions League.

Jika keadaan tidak berubah, Liverpool berkemungkinan berhadapan tidak akan beraksi di pertandingan eropah pada musim akan datang. Walau apapun slot ke Europa League masih lagi dalam jangkauan

Penutup

Jendela perpindahan musim panas akan datang pasti menarik perhatian. Neymar, Mohamed Salah, Ronaldo, Mbappe dan Haaland berkemungkinan akan mencari pasukan baharu demi Champions League.

Atau adakah Champions League bakal hilang seringnya dan tumpuan akan terarah ke Europa League selepas ini?

 

age Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah:

Guardiola Puji Ole

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN