Tiada Lagi Ronaldo, Ini Senarai 5 Pemain Paling Bernilai Serie A Musim 2020/21

Juventus telah mendominasi bola sepak Itali sejak sedekad yang lalu dengan menjuarai sembilan kejuaraan sepanjang tempoh tersebut. Maka tidak hairanlah mengapa kelab dari Turin itu sebelum ini mendominasi senarai pemain paling berharga di kalangan pemain yang beraksi di Serie A.

Antara nama yang sinonim dengan Juventus ialah seperti Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala dan pemain pertahanan, Matthijd de Ligt. Musim ini singan Serie A tampil berbeza dengan pasukan seperti Inter Milan dan AC Milan turut bersaing rapat untuk kejuaraan.

Ini bermakna senarai pemain paling bernilai Serie A turut dinamakan dari kelab-kelab ini. Berikut adalah lima pemain paling bernilai di Serie A menurut transfermart pada hari ini.

Gianluigi Donnarumma | AC Milan | €60 juta

Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma adalah pemain termuda yang pernah melakukan penampilan di saingan Serie A. Kini berusia 22 tahun, Donnarumma tampil dalam perlawanan profesional pertamanya pada usia 16 tahun dan 242 hari dan segera menghadirkan impak kepada pasukan.

Penjaga gol muda itu pantas mendapatkan tempatnya di dalam kesebelasan utama dan dilihat ramai sebagai bakal pengganti Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol Itali.

Prestasi Donnarumma bersama Milan menyebabkan beliau turut mencuri tumpuan beberapa kelab gergasi eropah yang lain. Antara yang dikhabarkan merisik khidmat beliau adalah Juventus, Real Madrid, dan Chelsea.

Penjaga gol muda itu dinilai pada harga RM292 juta. Namun beliau boleh menyertai mana-mana kelab secara percuma pada penghujung musim ini selepas kontrak beliau di San Siro tamat.

Lautaro Martínez | FC Internazionale Milano | €70 million

Lautaro Martinez
(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Lautaro Martinez adalah pemain yang amat instrumental dalam membina kebangkitan Inter Milan sejak beberapa musim lalu.

14 gol dan lapan assist yang dihasilkan oleh Martinez dalam 28 perlawanan Serie A pada musim ini merupakan salah satu sebab yang berjaya menempatkan Inter Milan di kedudukan teratas Serie A pada ketika ini.

Penyerang berusia 23 tahun itu menyertai Inter Milan dari kelab Argentina Racing Club pada 2018 dengan nilai €24 juta. Dari 90 penampilan keseluruhan di Serie A, beliau telah menyumbangkan 34 gol dan 14 assists setakat ini,.

Martinez turut menarik perhatian banyak kelab di serata eropah dan pada hari ini dinilai pada harga €70 juta.

Sergej Milinkovic-Savic | SS Lazio | €70 million

Milinkovic-Savic
(Photo by Giuseppe Maffia/NurPhoto via Getty Images)

Walaupun prestasi Segei Milinkovic-Savic sedikit merosot pada musim ini, beliau masih dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di Serie A pada musim ini.

Kebiasannnya sering berperanan sebagai pemain No.10, pemain berusia 26 tahun ini disifatkan sebagai seorang pemain tengaj lengkap. Ini kerana beliau mampu melakukan tugasan bertahan dan memiliki kreativiti untuk mencipta peluang jaringan bagi rakan sepasukan yang lain.

Sejak Milinkovic-Savic berhijrah ke Serie A dengan nilai €4 juta dari KRC Genk, beliau telah menyumbat 35 hol dan menghasilkan 28 assists dari 187 penampilan Serie A setakat ini.

Pemain berasal dari Serbia ini turut menarik minat beberapa kelab utama Eropah dan telah dikaitkan dengan PSG, Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona dan Manchester United.

Matthijs de Ligt | Juventus | €75 million

de ligt

Pemain pertahanan tengah Juventus, Matthijs de Ligt adalah pemain kedua termahal di Serie A pada hari ini. Tanpa sebarang keraguan, pemain muda dari Belanda ini pasti akan menjadi nama pertama yang akan berada di dalam kesebelasan utama mana-mana pasukan di Eropah.

Kemampuan beliau mengetuai skuad Ajax mara ke separuh akhir Champions League pada musim 2018/19 masih lagi menjadi indikasi kemampuan dan potensi pemain ini dan Juventus tidak membuang masa untuk menyambar pemain ini pada nilai €85.5 juta pada musim panas itu.

Juventus centre-back Matthijs de Ligt is the second-most expensive player in the Serie A at the moment.

The young Dutch defender was the first name in most clubs’ wish list after he led Ajax to a league title and a fairy tale run to the Champions League semi-final in 2018-19.

De Ligt melalui permulaan yang sukar di Serie A namun turut menampilkan potensi sebenar dirinya selepas itu. Namun demikian kecenderungan beliau melakukan kesilapan ketika berhadapan tekanan sedikit menggusarkan.

Sehingga kini De Ligt telah menyumbangkan empat gol dari 46 perlawanan Serie A. Sekiranya diberikan lebih banyak masa dan pengalaman, De Ligt pasti akan menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia suatu hari nanti.

Romelu Lukaku | FC Internazionale Milano | €90 million

Bekas penyerang Chelsea dan Manchester United Romelu Lukaku akhirnya berjaya menemui potensi sebenar dirinya sejak berhijrah ke Serie A pada musim panas 2019.

Pemain antarabangsa Belgium ini berjaya menampilkan ketajaman di hadapan gawang lawan sehingga menjadi salah seorang penyerang paling digeruni di Serie A pada hari ini.

Jika Inter Milan mampu menjuarai Serie A pada musim ini, maka mereka harus berterima kasih kepada sumbangan Lukaku.

Pemain berusia 27 tahun itu kini telah mencetak 43 gol dan menghasilkan sembilan assist – 20 gol dan empat assist pada musim ini – hanya selepas 63 penampilan di Serie A.

Dinilai pada tanda harga €90 juta, mana-mana kelab yang berminat memancing Lukaku pada musim panas nanti sudah pasti perlu menawarkan lebih dari €100 juta untuk meyakinkan Inter Milan.

Penutup

Siapakah di kalangan lima pemain ini yang akan berhijrah pada musim panas akan datang? Kelab manakah yang berkemampuan dan berminat untuk mendapatkan mereka?

Bincangkan melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengar pandangan daripada anda.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak eropah:

5 Pemain Yang Disingkirkan Selepas Bersengketa Dengan Pep Guardiola

5 Bekas Bintang Liverpool Yang Kita Lupa Pernah Jadi Pegurus Tetapi Tidak Sehebat Gerrard

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN