UCL: Real Madrid Ke Final Buat Kali Ke-3 Berturut-Turut

Joshua Kimmich menitiskan air mata beliau. Pastinya beliau antara pemain yang paling terkesan dengan penyingkiran Bayern Munich dari UCL kali ini.

Dalam 2 perlawanan separuh akhir menentang Real Madrid, Kimmich memberikan Bayern Munich gol pendahuluan dalam 2 perlawanan berturut-turut. Beliau menunjukkan antara aksi terbaik dalam karier beliau dalam 2 semifinal kali ini.

https://twitter.com/FTalentScout/status/991417228988907520

Namun, Real Madrid yang meraikan keceriaan untuk mara ke final UCL untuk kali ketiga berturut-turut. Zinedine Zidane ada rekod unik di mana beliau tidak pernah tersingkir daripada separuh akhir UCL bersama Real Madrid sebagai pengurus dalam 3 musim.

Zidane kini berpeluang untuk menjadi pengurus pertama melakukan kejuaraan hatrik UCL bersama-sama dengan pasukan Real Madrid.

Real Madrid menjadi pasukan ke-3 dalam sejarah UCL yang mara ke final selama 3 kali berturut-turut.

Real juga mara sebanyak 4 kali ke final daripada 5 edisi terakhir UCL dan sudah memenangi 3 daripada 4 sebelum ini.

Bayern Munich ada badi yang masih melekat pada mereka, di mana mereka disingkirkan di separuh akhir sebanyak 5 kali berturut-turut oleh pasukan dari Sepanyol.

Real Madrid ketinggalan hasil jaringan Joshua Kimmich pada minit ke-3. Namun ia telah disamakan oleh Karim Benzema pada minit ke-11.

Pada separuh masa kedua, Benzema menjaringkan gol seawal minit ke-46. Bayern Munich menyamakan kedudukan menerusi James Rodriguez. Pemain yang mereka pinjam dari Real Madrid.

Keylor Navas adalah watak paling sibuk di dalam padang. Beliau melakukan 8 ‘saves’ dalam perlawanan ini. Rekod ‘saves’ terbanyak yang pernah beliau lakukan di UCL.

Bayern Munich pasukan yang lebih banyak mencipta peluang. Namun gagal mendapatkan gol ke-3. Pengadil memberikan masa tambahan 5 minit dan melanjutkannya kerana Real Madrid yang banyak melengahkan perlawanan.

Pada masa kecederaan, Bayern Munich terus mengancam kubu Real Madrid, tetapi mereka tetap gagal mendapatkan gol. Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan Real Madrid mara ke final.

Real Madrid akan menunggu sama ada Liverpool ataupun AS Roma yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi separuh akhir pada awal pagi esok.

Tahniah Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN