Ronaldo: “Apabila Perlawanan Membosankan, Cristiano Muncul Untuk Mencantikkan Ia”

Real Madrid

Ini merupakan satu penghargaan dari seorang yang bernama Ronaldo kepada Ronaldo yang lain.

Penyerang legenda, Ronaldo telah memuji prestasi yang ditunjukkan oleh bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo.

Bagi Ronaldo, sentuhan yang dilakukan oleh bintang Portugal itu sering kali memberikan perubahan besar kepada perlawanan itu.

“Beliau punya banyak idea untuk satu-satu perlawanan. Dikala perlawanan itu tidak menarik, beliau akan tiba untuk memberikan kecantikan kepada perlawanan itu.”

“Apa saja yang dilakukan oleh beliau cukup mengagumkan, beliau mungkin tidak memegang bola terlalu kerap akan tetapi beliau menentukan hasil perlawanan dengan lebih hebat berbanding dulu.”

Real Madrid
MADRID, SPAIN – APRIL 11: Cristiano Ronaldo of Real Madrid celebrates his side going through to the Semi-Finals of the UEFA Champions League after the UEFA Champions League Quarter Final Second Leg match between Real Madrid and Juventus at Estadio Santiago Bernabeu on April 11, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Untuk rekod, Cristiano beraksi dengan cukup cemerlang buat Real Madrid pada musim ini terutamanya dalam saingan UEFA Champions League.

Setakat ini, hanya perlawanan separuh akhir 1 menentang Bayern Munich di Jerman sahaja merupakan satu-satu perlawanan yang menyaksikan beliau tidak menjaringkan gol.

Ronaldo yang menjuarai Piala Dunia 2002 bersama Brazil turut mengakui gol sepakan gunting Cristiano ketika menentang Juventus di aksi suku akhir cukup mengagumkan.

“Gol sepakan gunting itu cukup menarik dan cukup cantik. Saya sendiri tidak pernah cuba untuk melakukannya!”

TURIN, ITALY – APRIL 03: Cristiano Ronaldo of Real Madrid scores his sides second goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Juventus and Real Madrid at Allianz Stadium on April 3, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

Cristiano mempunyai rekod yang cukup cemerlang terutamanya ketika beraksi untuk Real Madrid di pentas Eropah.

Sejak menyertai Real Madrid pada 2009, beliau hanya gagal menjaringkan gol dalam 1 perlawanan Eropah sahaja di Santiago Bernabeu dari 51 perlawanan yang beliau sertai.

Perlawanan tersebut adalah perlawanan separuh akhir menentang Barcelona pada 2011, Real Madrid tewas 2-0 ketika itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN