Perlawanan di antara Benfica dan Manchester United menyaksikan aksi penjaga gol Benfica, Svillar beraksi cemerlang sepanjang malam.
Beliau baru berusia 18 tahun 52 hari, merupakan penjaga gol paling muda dalam UCL musim ini. Namun aksinya sangat matang.
Akhirnya, beliau membuat keputusan yang agak naif ketika berhadapan dengan sepakan percuma Rashford. Svillar mungkin boleh menepis atau menumbuk bola yang dihantar sangat ke dalam itu.
Agak pedih untuk beliau kerana Svillar berada dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini. Sebelum ini Benfica kehilangan Ederson yang menyertai Manchester City.
Namun kini, Benfica kelihatan sudah memiliki prospek baru di gawang gol. Svillar dibeli dari Anderlecht dengan nilai hanya £2.2 juta, Beliau sudah pun digelar Courtois baru oleh peminat di Belgium.
Benfica melakukan banyak serangan namun kualiti di barisan serangan sangat lemah. Mereka melakukan 11 percubaan ke arah gol tetapi tiada satu pun percubaan tepat dicatatkan.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, FC Basel menewaskan CSKA dengan jaringan 2-0.
United kini menang 3 daripada 3 perlawanan mereka setakat ini untuk merajai kumpulan A dengan 9 mata. Basel dengan 6 mata. CSKA dengan 3 mata. Agak mengejutkan Benfica masih gagal mendapat sebarang mata setakat ini.
https://www.youtube.com/watch?v=9VjsFHKcV5o