UCL: Hazard Selamatkan Chelsea Dalam Perlawanan Yang Dikuasai Roma!

Eden Hazard menjadi penyelamat Chelsea ketika pasukan beliau menyaksikan dominasi Roma pada separuh masa kedua.

Hazard menanduk bola lintang dari Pedro pada minit ke-75 untuk memastikan Chelsea seri 3-3 dengan Roma.

Ini adalah kali pertama Antonio Conte menyaksikan pasukan yang diuruskan beliau melepaskan 3 gol dalam UCL.

David Luiz meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-11. Eden Hazard menambah gol pada minit ke-35. Ini adalah gol pertama Hazard untuk Chelsea musim ini.

Namun begitu, AS Roma merapatkan jurang sebelum rehat menerusi Kolarov. Bersambung babak ke-2, 2 gol oleh Dzeko pada minit ke-64 dan 70 memastikan Roma 2-3 di hadapan.

Namun Hazard menyelamatkan Chelsea dengan cara yang kurang dijangka. Hazard antara pemain yang paling kecil dalam padang, melakukan tandukan cantik menewaskan Allison.

Alvaro Morata kembali daripada kecederaan, namun tidak banyak sumbangan pemain tersebut.

AS Roma menguasai sebahagian besar perlawanan ini. Roma melakukan 15 percubaan ke arah gol Chelsea dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat.

Chelsea melakukan 17 percubaan dan hanya 4 percubaan tepat ke arah gawang Roma. Chelsea boleh menarik nafas lega kerana tidak tewas dalam perlawanan ini.

Dalam satu lagi perlawanan, Atletico Madrid diikat oleh Qarabag tanpa jaringan. Qarabag menamatkan 15 minit terakhir dengan 10 pemain.

Keputusan ini membolehkan Chelea kekal di tangga teratas kumpulan C diikuti Roma. Atletico kini dibesakan 3 mata daripada Roma dan 5 mata daripada Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN