Kumpulan E: Liverpool seri lagi, Sevilla menang!
Liverpool sekali lagi gagal mencipta kemenangan dalam kempen UCL mereka kali ini. Skuad Jurgen Klopp lebih awal dikejutkan oleh Spartak Moscow menerusi sepakan percuma deras Fernando.
Tidak lama kemudian, Phil Coutinho menyamakan kedudukan. Liverpool memiliki deretan peluang namun gagal menewaskan penjaga gol pertama dan kedua Spartak yang cemerlang.
Spartak Moscow 1-1 Liverpool FT:
Shots: 4-16
Pass accuracy: 72%-85%
Chances created: 2-10
Possession: 42%-58%A frustrating trip. pic.twitter.com/JhnqKSXYch
— Squawka (@Squawka) September 26, 2017
Sevilla memastikan mereka berada di tangga teratas kumpulan dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Maribor. Ben Yedder melakukan hatrik di dalam perlawanan ini.
Someone's heading home with a @ChampionsLeague match ball ⚽😎🔥#vamosmisevilla #SFCMB #UCL pic.twitter.com/rk4FSQPLeq
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) September 26, 2017
Kumpulan F: City dan Napoli manfaatkan peluang
Manchester City diberikan saingan yang agak kuat oleh Shaktar Donestk. Namun skuad Pep Guardiola tetap mampu menang kerana mencipta lebih banyak peluang.
Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling berada dalam senarai penjaring kali ini. Kemenangan ini meletakkan City berada di tangga teratas kumpulan F.
City kini melebarkan rekod kemenangan kepada 7 kemenangan berturut-turut.
Man City have now won 7 consecutive games across all competitions:
WWWWWWW
Goals: 26
Conceded: 2
Clean sheets: 5Dominant form. pic.twitter.com/w8UQ828qXh
— Squawka (@Squawka) September 26, 2017
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, Napoli mendapat kemenangan pertama mereka selepas menewaskan Feyenoord 3-1.
Lorenzo Insigne, Dries Mertens dan Callejon cemerlang membantu pasukan Naples ini mendahului 3 gol. Feyenoord mendapat gol saguhati menerusi Amrabat pada masa kecederaan.
Napoli berada di tangga ke-2 kumpulan F dan Feyeenoord tercorot selepas tewas 2 perlawanan awal.