Kisah Greece Menguasai Eropah Pada 2004 Dengan Taktikal Route 1

Euro 2004 adalah antara edisi Eropah yang paling diingati dengan kejayaan pasukan Greece menjuarainya.

Sebelum itu pada 2002, Greece hampir mengejutkan England dengan kemenangan 1-2 di Manchester. Namun sepakan percuma Beckham membantu England untuk mara ke Piala Dunia 2002.

Ia adalah naskah yang dicanang oleh penyokong Greece sebagai kisah terbaik dalam bola sepak mereka selepas mara ke Piala Dunia 1994.

Sehinggalah pada 2004, apabila satu kisah yang paling epik dicipta oleh negara yang memiliki banyak kisah epik di dalam ketamadunan mereka.

Greece seperti negara Eropah yang lain, bola sepak adalah sukan no.1 mereka. Kali terakhir mereka beraksi di Piala Eropah adalah pada 1980.

Mereka pernah beraksi di Piala Dunia pada 1994, namun tidak menang sebarang perlawanan. Mereka tidak pernah menang dalam mana-mana perlawanan major dalam bola sepak.

Persatuan bola sepak Greece telah melantik jurulatih veteran dari Jerman Otto Rehhagel pada 2001. Itu adalah pilihan terbaik mereka kerana Rehagel setuju untuk menerima gaji yang rendah.

Bekas pemain Greece, Fyssas berkata:

“Perkara pertama yang ‘coach’ beritahu kami adalah, dalam bola sepak negara harus diutamakan. Selepas itu barulah fikirkan perkara lain.”

Mereka melalui pusingan kelayakan yang meyakinkan. Greece tak tewas dalam 15 perlawanan. Mereka juga menang di Sepanyol dan mara ke Portugal dengan semangat yang berkobar-kobar.

“Kami seperti keluarga. Pasukan kami kecil. Pasukan lain ada ratusan pemain untuk dipilih. Kami pula ada hanya sekitar 55 pemain. 20 daripadanya adalah pemain yang sentiasa ada dan dipanggil walaupun apa prestasi mereka.”

“Jadi, kami ada semangat kekeluargaan yang sangat tinggi dan sangat rapat. Kami ada semangat untuk bekorban demi satu sama lain.”

Seorang lagi pemain mereka ketika itu Vasilis Tsiartas bersetuju dengan kenyata Fyssas. Tsiartas memberitahu yang mereka tidak ada pemain yang berlagak bintang.

“Kami semua sama sahaja. Kami sentiasa berhubung dan sangat unik.”

“Kami hanya mahukan kemenangan. Sejak 1994, kami tidak pernah menang dalam perlawanan major. Menang ke atas Portugal dalam perlawanan pembukaan adalah seperti kami sudah juara dunia.”

Greece mengejutkan tuan rumah yang juga pasukan pilihan, Portugal. Mereka mendahului 2-0 menerusi Karagounis dan Basinas.

Portugal mendapat 1 gol menerusi pemain muda berbakat mereka, Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan.

Di Greece, mereka meraikannya dengan sangat gila. Radio dan tv mereka berulang kali menyiarkan detik kemenangan ke atas Portugal.

Perlawanan kedua mereka berhadapan dengan Sepanyol yang dibarisi barisan bintang. Mereka mahu memastikan mendapat mata daripada perlawanan ini.

Mereka bertahan dan bertahan. Namun Morientes meletakkan Sepanyol di hadapan pada minit ke-28. Namun begitu, Greece berjaya mengikat Sepanyol dengan jaringan penyamaan oleh Charisteas pada minit ke-66.

Mereka kini berasa semakin yakin untuk berhadapan dengan Rusia. Greece tewas di tangan Rusia namun Sepanyol juga tewas di tangan Portugal. Ini yang membolehkan mereka mara ke suku akhir.

Lawan mereka di suku akhir adalah Perancis yang memiliki nama-nama besar seperti Zidane, Thierry Henry, Robert Pires,Thuram, Lizarazu, dan ramain lagi.

Dalam perlawanan ini, Rehhagel telah mengarahkan Giourkas Seitaridis untuk mengawal Thiery Henry. Beliau memberitahu secara teperinci sistem permainan. Fyssas berkata:

“Seitaridis diarahkan mengawal Henry, manakala kesemua pemain lain bermain secara zonal marking. Kami bertahan secara padat dan bermain serangan balas.”

“Menakjubkan, pelan kami berjaya, kami menang 1-0. Kepercayaan kami untuk melakukan sesuatu yang istimewa semakin meningkat.”

Mereka melangkah ke separuh akhir berhadapan dengan generasi emas Republik Cezch yang diketuai oleh Pavel Nedved, Jan Koller dan Milan Baros.

Rehhagel kali ini mahukan pemain-pemain beliau merosakkan mood pemain-pemain Republik Czech di dalam padang. Buatkan mereka tidak selesa dengan bola.

Greece sentiasa merapati pemain Republik Czech untuk membuatkan mereka rasa rimas dan menjangkakan akan dikasari. Perlawanan berakhir 0-0. Namun Greece menang dengan peraturan gol perak yang digunakan ketika itu.

Mereka mencipta sejarah melayakkan diri ke final. Dan lawan mereka adalah Portugal. Pasukan yang digelar mini samba ini telah mereka tewaskan dalam perlawanan pembukaan.

Dalam perlawanan final, Portugal melaungkan amaran yang mereka akan memastikan blok pertahanan keras Greece itu akan dipecahkan.

Ini adalah kesebelasan utama mereka ketika itu. Lihatlah nama-nama besar di dalam skuad Portugal. Pauleta antara penyerang yang sangat digeruni selain daripada Figo dan Ronaldo.

Greece berjaya bertahan dengan sistem 9 atau 10 pemain di belakang bola. Mereka hanya melakukan 1 percubaan tepat dan itulah yang menjadi gol. Charisteas menjaringkan gol menggunakan tandukan hasil daripada sepakan penjuru.

Portugal seperti perlawanan pertama, panik untuk mengejar masa yang semakin menuju ke detik penamat. Banyak serangan dilancarkan. Percubaan demi percubaan dilakukan namun buntu.

Nikopolidis, penjaga gol yang sentiasa tenang dan kerap tersenyum setiap kali menangkap bola. Wisel penamat dibunyikan dan Greece merealisasikan mimpi mustahil mereka.

Ia kekal menjadi antara kisah ‘underdog’ terhebat di dalam bola sepak.

Apa yang boleh kita pelajari, apa jua jenis taktikal itu jika perlaksanaanya betul dan pemain berdisplin ia tetap mampu memberikan kejayaan.

Seterusnya adalah semangat berjuang demi negara dan menganggap satu pasukan itu sebagai satu keluarga. Mereka bersatu hati dan berjuang bersama-sama dengan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN