UCL: Magis Separuh Masa Kedua Pastikan Pelayaran Liverpool Ke Final

Liverpool UCL
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Reaksi segera Jurgen Klopp melakukan perubahan taktikal dan memasukkan Luis Diaz pada awal separuh masa kedua memastikan Liverpool menang 3-2 dan menafikan kebangkitan Villareal dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir saingan Lagi Juara-Juara Eropah (UCL).

The Yellow Submarine yang ketinggalan 2-0 pada perlawanan pertama mempamerkan karakter berbeza pada babak pertama dengan corak permainan pantas dan berhasil mendapat gol seawal minit ketiga menerusi Boulaye Dia.

Empat minit sebelum rehat, Francis Coquelin menggamatkan suasana di Estadio de la Ceramica dengan jaringan kedua dengan menanduk hantaran Etienne Capoue bagi mengikat kedudukan secara agregat.

Ketinggalan dua gol dan gagal menghasilkan sebarang percubaan ke arah gol sepanjang 45 minit, Klopp memutuskan untuk menggantikan Diogo Jota dan memanfaatkan kelincahan Diaz.

Percaturan memasukkan pemain yang baharu tiba di Anfield pada jendela perpindahan musim sejak tempoh hari ternyata cukup berbaloi.

Liverpool kembali di depan secara agregat pada minit ke-62 apabila Fabinho yang mendapat hantaran Mohamed Salah menewaskan Geronimo Rulli menerusi satu rembatan kencang yang lolos di celah kaki penjaga gol tuan rumah berkenan.

Lima minit kemudian, Luis Diaz mengatasi garisan pertahanan Villaral dan menanduk masuk hantaran lintang Trent Alexander-Arnold untuk gol kedua Liverpool.

Minit ke-74, giliran Sadio Mane mencetak namanya selaku penjaring gol apabila lariannya berjaya mengatasi Rulli yang keluar jauh meninggalkan gawangnya dan penyerang Senegal tersebut mudah menolak masuk bola ke dalam gawang yang sudah terbuka.

Liverpool mara ke final buat kali ketiga dalam lima musim terakhirnya dan terus menghidupkan misi kejuaraan ‘quadruple’ musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN