‘The Game-Changer’ – Kelincahan Luis Diaz Yang Kembali Menghidupkan Misi Liverpool Menakluk Eropah

Luis Diaz Liverpool

Semasa jendela perpindahan musim sejuk pada bulan Januari lalu, keputusan Liverpool untuk membelanjakan £50 juta (RM271 juta) bagi mendapatkan Luis Diaz telah menimbulkan perdebatan.

Timbul persaoalan, mengapa begitu besar nilai yang dilabur untuk seorang pemain yang belum terbukti kemampuannya bersama salah sebuah kelab terbesar di Eropah.

Namun Diaz hanya memerlukan tiga bulan bagi membuktikan segalanya. Aksinya telah menjawab bertapa beliau merupakan pembelian terbaik dan paling berbaloi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp tiba di Villareal dengan sebelah kaki sudah melangkah ke perlawanan akhir setelah mereka mendahului 2-0 menerusi kemenangan dalam aksi pertama di Anfield pada minggu lalu.

Namun separuh masa pertama di Estadio de la Ceramica adalah cukup menakjubkan buat The Yellow Submarine dan mimpi ngeri buat kesebelasan utama pasukan pelawat.

Dengan kualiti taktikal yang dimiliki Unai Emery, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil corak permainan pantas yang gagal dibendung oleh barisan pertahanan Liverpool yang ditunjangi Virgil van Dijk.

Segalanya serba tidak kena buat. Dalam keadaan hujan, The Reds ‘menderita’ dengan dibolosi dua gol. Bahagian serangan pula buntu tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang 45 minit.

Pemain-pemain kelihatan gugup di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah. Kesilapan demi kesilapan, salah faham dan komunikasi yang gagal antara pemain, Klopp menyedari perubahan drastik perlu dilakukan.

Maka Diogo Jota terpaksa dikorban. Meskipun penyerang Portugal itu merupakan salah seorang pemain terbaik dalam skuad Liverpool musim ini, perubahan taktikal lebih menjadi keutamaan pada saat-saat genting.

Beberapa minit sebelum babak kedua bermula, lensa kamera memberi tumpuan kepada kelibat Diaz yang sedang bersiap untuk dimasukkan. Pemain berusia 25 tahun ini menyedari, harapan tinggi jutaan penyokong Liverpool tergalas di atas bahunya.

Walaupun Liverpool dalam landasan terbaik untuk memperoleh gelaran lain seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, kejuaraa Eropah sentiasa menjadi keutamaan.

Dengan kemasukan Diaz, segalanya berubah. Beliau hanya memerlukan beberapa minit selepas aksi bersambung untuk mengancam penjaga gol tuan rumah Geronimo Rulli dengan satu rembatan akrobatik selepas menyambut hantaran Sadio Mane, namun percubaan tersebut sekadar meliar jauh dari sasaran.

Aksi di separuh masa kedua ternyata begitu berbeza. Diaz menjadi ‘enjin’ Liverpool dalam menggerakkan serangan dari sebelah kiri dengan mengkucar-kacirkan pertahanan Liverpool.

Raul Albiol yang begitu ampuh pada babak pertama dilihat paling terkesan, mungkin faktor usia membuatkan pertahanan veteren Sepanyol itu begitu ‘mengah’ untuk mengawal kelincahan Diaz sehingga digantikan.

Fabinho memulakan malam pesta Liverpool dengan jaringan pertama sebelum Diaz bijak mengatasi perangkap ofsaid untuk melepaskan tandukan menewaskan Rulli. Sadio Mane melengkapkan malam gemilang Liverpool.

Hanya 12 minit diperlukan untuk tiga gol yang melumpuhkan semangat juang Villareal. Bagi Klopp, pasukannya berhak untuk mendapat kemenangan itu dan turut memberi kredit kepada panyokong yang tidak putus harapan.

Apa yang pasti, seorang pemain telah memberi satu isyarat jelas. Beliau akan menjadi bintang paling menyinar buat Liverpool untuk tempoh beberapa tahun seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN