Liverpool berhadapan dengan pasukan Red Star Belgrade di tempat lawan. Finalis UCL pada musim lalu itu dikejutkan oleh pasukan tuan rumah dengan 2 gol oleh Pavkov pada separuh masa pertama.
Jaringan pertama oleh Pavkov muncul pada minit ke-22 menerusi tandukan – hasil umpanan Marko Marin daripada penjuru padang.
7 minit kemudian Pavkov menjaringkan gol cantik – percubaan misil dari luar kotak penalti yang menewaskan Alisson. Marko Marin sekali lagi memainkan peranan beliau dalam mencipta gol.
Liverpool kemudian cuba memberikan respon dan berterusan menyerang terutama sekali pada separuh masa kedua. Namun hampa kerana penjaga gol pasukan lawan dan pertahanan Red Star Belgrade ternyata dalam prestasi terbaik mereka.
Mohamed Salah memiliki beberapa peluang gol. Jurgen Klopp melakukan beberapa perubahan taktikal namun masih gagal untuk mengubah nasib pasukannya.
Liverpool menguasai 72% perlawanan dengan 23 percubaan ke arah gol. Namun hanya 4 sahaja percubaan tepat. Manakala Red Star Belgrade mencatatkan percubaan tepat yang sama dengan hanya 10 percubaan ke arah gol.
Liverpool tewas 2-0 di tangan Red Star Belgrade. Kekalahan ini sekaligus memberikan laluan sukar kepada The Reds dalam usaha mereka mara ke kalah mati. Ini adalah kali pertama Liverpool tewas 3 perlawanan UCL di tempat lawan secara berturut-turut.
🔴 @LFC have lost three consecutive @ChampionsLeague away games…
😳 …for the FIRST TIME in their history.
❌ 4-2 v @OfficialASRoma⁰❌ 1-0 v @SSCNapoli
❌ 2-0 v @CrvenaZvezdaFK📝 @Squawka pic.twitter.com/KovzpKGH9U
— SPORF (@Sporf) November 6, 2018
Ini merupakan kemenangan pertama Red Star Belgrade dalam saingan UCL pada musim ini. Mereka mengutip 4 mata selepas 4 perlawanan. Manakala Liverpool mengutip 6 mata daripada 4 perlawanan setakat ini.