Quantcast

LIGA MALAYSIA

Selepas Ditembak TMJ, Pihak MFL Jelaskan Bahawa Trofi Tidak Seperti Yang Diluluskan

Kira-kira pada 12 tengah malam semalam – Pengerusi MFL – TMJ mengkritik dan meminta agar pegawai MFL yang bertanggungjawab di atas isu trofi kasut emas ABK18 letak jawatan. Ini kerana TMJ merasakan kualiti trofi itu tidak boleh diterima.

Pada kira-kira pukul 2 pagi, wakil daripada daripada MFL memberikan penjelasan akan perkara itu. Dalam kenyataan rasmi mereka – MFL menjelaskan:

“MFL sangat kecewa dengan trofi yang telah dipersembahkan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 yang lepas.”

“Trofi berkenaan tidak memenuhi standard seperti apa yang diharapkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi MFL dan ianya juga tidak layak diberikan kepada pemenang yang telah memberikan yang terbaik sepanjang musim ini.”

MFL menjelaskan bahawa mereka sudah mengenalpasti pegawai yang terlibat. Pegawai tersebut cuba menutup isu itu tanpa memaklumkan kepada pengurusan MFL.

“MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan beliau cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL.”

“Seperti dilihat dari gambar-gambar yang dilampirkan, MFL sentiasa memberikan trofi yang sesuai dan mengikut standard yang perlu.”

“MFL juga telah mengambil inisiatif untuk menghubungi semua pemenang bahawa MFL akan menggantikan trofi ini dengan yang lebih sesuai dengan pencapaian mereka.”

“MFL sentiasa berusaha untuk menjadikan ABK ini lebih besar dan megah setiap tahun. Kejayaan ini telah dicapai sehingga kejadian yang sangat menghampakan ini berlaku.”

“Jadi sudah pasti pihak MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini.”

“Dengan ini, MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia diatas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek. MFL akan lebih baik pada masa hadapan.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!