Gol minit akhir jaringan Joel Matip berjaya membantu Liverpool mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Champions League musim ini selepas menewaskan Ajax 2-1 di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool memulakan kempen saingan Champions League musim ini dengan mencatatkan kekalahan memalukan 4-1 bertemu Napoli di Itali minggu lalu.
Minggu ini anak-anak buah Jurgen Klopp itu turun melayan kunjungan Ajax ke bumi Anfield untuk aksi perlawanan kedua dalam saingan peringkat kumpulan A.
Matip’s late header wins it for the Reds 🙌#LIVAJA | #UCL pic.twitter.com/7l2lIMjCMK
— Liverpool FC (@LFC) September 13, 2022
Ajax sendiri sebelum ini berjaya menewaskan Rangers 4-0 dalam aksi perlawanan pembukaan mereka di halaman sendiri.
Memandangkan Liverpool sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, maka tidak hairanlah mengapa Ajax dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk memenangi perlawanan ini.
Walau bagaimanapun, skuad The Reds berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dan cemerlang menewaskan Ajax untuk mengutip tiga mata pertama mereka.
Liverpool 2-1 Ajax
Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-17 permainan hasil gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah.
Most European Cup / Champions League goals scored for Liverpool at Anfield:
▪️ 15 – Mohamed Salah
▪️ 14 – Steven GerrardThe Egyptian King of the Kop. #UCL pic.twitter.com/Yysflig8Nc
— William Hill (@WilliamHill) September 13, 2022
Gol tersebut merupakan gol ke-15 Salah di pentas bola sepak Eropah, secara tak langsung ia memecahkan rekod Steven Gerrard (14 gol) sebagai penjaring terbanyak Liverpool di pentas Eropah.
10 minit sahaja selepas itu, Ajax berjaya menjaringkan gol penyamaan mereka dalam perlawanan ini menerusi Mohammed Kudus untuk mengikat Liverpool 1-1.
Kedua-dua pasukan kemudiannya berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka, namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.
Ketika ramai yang merasakan perlawanan ini akan berakhir dengan keputusan seri, Joel Matip tampil meledak gol kemenangan untuk The Reds pada minit ke-89 permainan.
🕰️—89th minute
Joel Matip scores a MASSIVE goal for Liverpool 🧊 pic.twitter.com/UTz8pa50lP
— B/R Football (@brfootball) September 13, 2022
Joel Matip berjaya menanduk padu bola cantik hantaran Kostas Tsimikas dari sudut sepakan penjuru untuk membantu Liverpool memperoleh gol kemenangan mereka pada minit-minit akhir permainan.
Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, secara tak langsung mengesahkan kemenangan 2-1 berpihak kepada Liverpool menewaskan Ajax.
Liverpool kini berada di kedudukan ketiga dalam aksi saingan peringkat kumpulan A, selepas anak-anak buah Jurgen Klopp itu berjaya mengutip 3 mata dari dua perlawanan.
📊 Kostas Tsimikas created 5 chances tonight, assisting Joel Matip's winner. It's the most he's created in a single match for Liverpool. He's averaging an assist every 74 mins this season, and every 240 mins in his Liverpool career. #lfc [opta] pic.twitter.com/iRgh8PYCMZ
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 13, 2022
Ajax sementara itu berada di kedudukan pertama dengan kelebihan dari segi jaringan, namun kedudukan itu bakal berubah andai Napoli berjaya mengutip mata bertemu Rangers nanti.