Ten Hag Menilai Martial Lebih Bagus Berbanding Ronaldo?

Pengurus Manchester United, Eric ten Hag dilaporkan menilai Anthony Martial lebih bagus berbanding pemain penyerang veteran, Cristiano Ronaldo.

Dakwaan tersebut dibuat oleh salah seorang wartawan, Dean Jones yang percaya Ten Hag lebih memilih Martial berbanding menggunakan khidmat Ronaldo.

Bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu sepertinya sudah mula hilang tempat dalam kesebelasan utama Man United di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Pengurus dari Belanda itu sepertinya lebih gemar untuk menggunakan Marcus Rashford sebagai pemain penyerang utamanya berbanding Cristiano Ronaldo.

Martial sementara itu pada ketika ini terpaksa direhatkan kerana beliau sedang dibelenggu masalah kecederaan, dan bintang Perancis itu sudah terlepas banyak perlawanan sepanjang musim baharu ini.

Ronaldo pula pada ketika ini berada di tahap kecergasan terbaiknya dan jelas sekali tiada masalah untuk beliau turun bermain bersama skuad utama Man United.

Walau bagaimanapun, bekas pengurus Ajax itu sepertinya tidak nampak hal itu dan beliau lebih memilih untuk meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan.

Secara keseluruhannya, Ronaldo hanya sekali sahaja diturunkan bersama kesebelasan utama United dalam saingan Premier League musim ini, dan ketika itu The Red Devils mencatatkan kekalahan 4-0 bertemu Brentford.

Sepanjang ketiadaan Martial, Rashford telah diberi tanggungjawab untuk beraksi bersama skuad utama dan sepertinya beliau menjalankan tugasnya dengan sangat sempurna.

Marcus Rashford cemerlang meledak gol penting untuk Man United ketika aksi bertemu Liverpool dan Arsenal baru-baru ini.

Jones tampil mendedahkan yang ketika Martial kembali cergas, beliau bakal menjadi pemain penyerang utama United dan hal itu bukanlah berita baik untuk Cristiano Ronaldo.

Bercakap kepada GiveMeSport, wartawan tersebut menyatakan bahawa:

“Dari segi peranan penyerang utama, Martial jelas sekali di atas Ronaldo. Maksud saya, Martial merupakan pilihan utama di posisi penyerang seandainya dia kembali cergas sepenuhnya. Ketika pra musim, dia telah mempamerkan aksi yang menakjubkan.”

“Segala yang mereka usahakan adalah melibatkan Rashford, Sancho, Martial dan jika pemain itu tersedia, maka itulah tiga pemain utama mereka begitu juga dengan Antony, saya rasa dia akan bersaing untuk mendapat tempat.”

“Semua bergantung juta, pemain berusia 26 tahun itu jelas sekali ada bakat besar dan dia mampu untuk menjaringkan gol. Secara keseluruhannya, dia sudah menjaringkan 79 gol untuk United dan 23 darinya dijaringkan sejak musim 2019/20.”

Walau bagaimanapun juga, seandainya Rashford berjaya untuk mengekalkan tahap persembahan terbaiknya seperti sekarang, Martial juga berpotensi untuk berdepan kesukaran untuk bersaing dengannya.

Melihat kepada hal itu, Ronaldo sepertinya sudah jatuh menjadi pilihan ketiga seandainya kedua-dua Rashford dan Martial berada di tahap kecergasan terbaik mereka.

Memandangkan Ten Hag memiliki ramai pemain penyerang yang boleh diharapkan, maka sukar sebenarnya untuk Ronaldo mendapatkan tempat dan hal itu jelas sekali bukan berita yang baik untuk bintang Portugal itu.

Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Manchester United musim lalu selepas beliau menjaringkan 24 gol dari semua pertandingan.

Walau bagaimanapun, musim ini Rashford dan Martial sepertinya akan lebih diharapkan kerana mereka dilihat lebih berada di tahap persembahan terbaik masing-masing berbanding Ronaldo.

Adakah benar Martial kini dinilai lebih bagus berbanding Ronaldo? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN